Pelakon cantik, Uqasha Senrose telah tampil melakukan ujian saringan COVID-19 secara ‘drive thru’ selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Menurut Uqasha, walaupun sudah ke klinik dan doktor memberitahu dia hanya mengalami demam biasa, namun kakak kepada Nelydia Senrose itu tekad untuk melakukan ujian berkenaan pada siang tadi.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Uqasha berkongsi bagaimana proses pengambilan sampel secara pandu lalu dilakukan.
“Qasha demam these past few days and doctor cakap demam biasa but i decided to get myself checked for covid 19 harini.“Need to make sure that my fam and i are completely safe. doakan results baik baik saja amin,” tulisnya sambil memuat naik video ujian yang telah dijalankan.
Beberapa hari lepas, pelakon Ummi Nazeera juga melakukan perkara yang sama dan tulisnya di Instagram, ia berbaloi untuk dilakukan bagi memastikan keselamatan yang lain selain tidak mengambil masa panjang.
“Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni…
“Walaupun KKM suruh quarantine sahaja.. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni ..
“Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap !
“Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan.
“Stay safe everyone !! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya.”
Rata-rata netizen memuji kedua-dua selebriti cantik ini yang mengambil berat tentang kesihatan dan tidak mahu membebankan barisan frontliners.