Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Doktor terpaksa jahit sebahagian kelopak mata..” Hafiy Derita Bebola Mata Hampir Terkeluar

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah situasi yang dihadapi oleh pasangan ini melihat anak kecil mereka diduga dengan pelbagai ujian.

Baru berusia sembilan bulan, namun Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif terpaksa menempuhi pelbagai dugaan selepas disahkan mengidap sindrom Pfeiffer sejak dilahirkan.

Adik Muhammad Hafiy Affan mengidap sindrom Pfeiffer

Penyakit yang dideritainya itu menyebabkan Muhammad Hafiy Affan yang juga dikategorikan orang kurang upaya (OKU) kelewatan pembangunan global (GDD) mengalami kecacatan pada muka dan bentuk tengkorak sehingga bebola matanya sedikit terkeluar berbanding bayi normal.

Apa yang lebih menyedihkan, Muhammad Hafiy Affan turut mengalami kesukaran untuk bernafas selain nafasnya berbunyi kerana saluran pernafasannya terlalu sempit selain kaki dan tangannya juga tidak boleh membengkok.

Ketika berusia sebulan, Muhammad Hafiy tidak normal seperti bayi lain

Menurut ibunya, Nor Akma Aini Azmee, 24, anak tunggalnya itu dilahirkan normal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dengan berat 3.2 kilogram (kg).

Ujar ibu ini, ketika Muhammad Hafiy Affan berusia sebulan lebih didapati keadaan fizikal anaknya itu tidak normal seperti bayi lain selain mengalami masalah pernafasan.

Seawal dua bulan, Hafiy jalani pembedahan 

“Bimbang dengan keadaan itu, saya membawanya mendapatkan rawatan di HRPZ II sebelum dirujuk di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Petaling Jaya.

“Seawal usia dua bulan, Hafiy perlu menjalani pembedahan untuk membesarkan saluran pernafasannya yang sempit di PPUM” lapor Harian Metro.

Doktor terpaksa menjahit sebahagian kelopak mata kiri dan kanan

“Dalam masa sama, doktor juga terpaksa menjahit sebahagian kelopak mata kiri dan kanan Hafiy bagi mengelakkan matanya terkeluar”.

“Hafiy sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan ketika berusia lima bulan untuk memasukkan tiub di kepala hingga perut bagi mengalirkan lebihan cecair yang terdapat di kepalanya”.

Hafiy seolah-olah mengerti penderitaan yang ditanggung

“Walaupun Hafiy masih kecil, tetapi dia anak yang kuat dan tabah seolah-olah mengerti penderitaan yang perlu ditanggung,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Tebing Tinggi, Pengkalan Chepa di sini.

Kongsi Nor Akma Aini lagi, setiap dua minggu atau sebulan sekali, Muhammad Hafiy Affan perlu ke PPUM bagi menghadiri temujanji dan berjumpa doktor pakar bagi mengetahui perkembangan kesihatan anaknya itu.

Menurutnya, berat badan Hafiy tidak seperti bayi seusianya apabila beratnya kini hanya 5.5 kg.

Hafiy memerlukan RM1,500 sebulan untuk keperluan

Katanya, setiap bulan dia dan suami, Mohd Hasiif Mohd Hasbi, 27, perlu memperuntukkan RM1,500 sebulan untuk membeli keperluannya termasuk susu dan lampin pakai buang selain kos ulang-alik setiap kali perlu menghadiri temujanji di PPUM.

“Untuk menampung kos keperluan Hafiy, saya yang sebelum ini mengambil upah menjahit berusaha menambah pendapatan dengan menjual makanan ringan kerana suami hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM500 sebulan”.

Kami perlu keluarkan belanja yang banyak untuk keperluan Hafiy

“Bagi meringankan beban, ada ketikanya adik-beradik dan saudara mara terdekat turut menghulurkan bantuan kewangan memandangkan pada setiap bulan”

“Kami perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk keperluan Hafiy,” katanya yang sebelum ini pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, Muhammad Hafiy Affan berkemungkinan akan menjalani beberapa pembedahan lagi termasuk di kepala dan telinga, namun masih lagi di peringkat perbincangan.

Hafiy tidak mempunyai lubang telinga

“Sebelum ini, doktor memaklumkan kedua-dua belah telinga Hafiy akan dipasang alat khas pendengaran”.

“Ini kerana dia tidak mempunyai lubang telinga yang menyukarkannya untuk mendengar” kongsi ibu muda ini.

Kerangka besi akan dipasang di kepala Hafiy untuk betulkan tengkoraknya

“Dalam pada itu, ketika usianya mencecah setahun, besar kemungkinan kerangka besi akan dipasang di kepala Hafiy bagi membetulkan semula tengkorak kepalanya,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian di laman Facebook oleh Adi Aqeed yang turut berkongsi mengenai keadaan adik Hafiy.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan kesihatan adik Muhammad Hafiy.

Ada diantara mereka turut mendoakan supaya adik kecil ini sembuh dan membesar seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.