Sejak pelakon Emma Maembong mengumumkan dirinya sedang berbadan dua pada Julai lalu, peminat antara yang teruja dan tak sabar menantikan kelahiran bayi pertamanya itu.
Ramai yang mula berteka-teki mengenai jantina sehingga membuat spekulasi kononnya pelakon ini sedang hamil anak kembar kerana saiz kandungan yang besar.
Walau bagaimanapun dalam diam, rupa-rupanya Emma sudah selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu.
Khabar gembira itu dikongsi oleh suaminya Muhammad Shazli Azhar menerusi Instagram pada pagi Selasa.
“Alhamdulillah… 8.11.2020 Allah maha besar! Baby boy,” tulisnya.
Shazli bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kelahiran bayi sulung mereka itu.
Bahkan, Emma dan adik-beradiknya yang lain juga tidak berkongsi mengenai kelahiran bayi tersebut di laman sosial mereka.
Dalam pada itu, ruangan komen Instagram milik suaminya itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.
Pada Isnin, sebuah portal berita melaporkan pasangan ini sudah mengadakan majlis doa selamat dan aqiqah bayi mereka, baru-baru ini.
Difahamkan, Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar sudah mengadakan majlis doa selamat dan aqiqah bayi mereka.
Namun, baik Emma, suami atau pun adik beradik Emma tidak berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial masing-masing.
Hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram Emma hanya berkaitan majlis mengumumkan jantina bayi mereka yang boleh ditonton di saluran YouTube Emma Maembong.
Emma telah mendirikan rumahtangga dengan seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu.