Apabila seseorang bersedia mendirikan rumahtangga, ia juga perlu sedia menerima insan bergelar suami atau isteri seadanya termasuklah hobi yang diminati pasangan anda.
Namun begitu, tanggungjawab kepada rumahtangga adalah perkara pertama yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
Suami dapat hadiah istimewa dari isteri sempena ulang tahun
Seandainya ada masa lapang dan hobi tersebut tidak membebankan, apa salahnya pasangan anda meneruskan hobi yang diminatnya itu.
Seperti kisah yang dikongsikan di Facebook Geng Pancing Malaysia apabila si isteri menghadiahkan suaminya sesuatu yang diminat sebagai hadiah ulang tahun mereka.
Isteri hadiahkan mesin pancing jenama Shimano
Menerusi video berkenaan, seorang pengguna bernama Shakila Nizam berkongsi momen apabila menghadiahkan suaminya mesin pancing atau fishing reel jenama Shimano dan model Stella kepada suami tersayang.
Happy anniversary pemancingku
Dengan penuh berhati-hati si suami membuka balutan kotak hadiah tersebut dan terpancar kegembiraan di wajah suami apabila mendapat hadiah yang istimewa.
Video tersebut turut mendapat perhatian ramai terutama kaki pancing yang cemburu’akan hadiah berkenaan yang dianggap ‘rare’ untuk diberikan oleh seorang isteri.
Kaki pancing lain mintak tip
Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata mereka menyifatkan lelaki tersebut beruntung mempunyai isteri yang memahami minatnya.
Malah, ada yang bergurau mahu meminta tip yang digunakan supaya isteri diluar sana memahami hobi mereka.