Connect with us

Viral

[VIDEO] First Time Jumpa Di Hari Pernikahan, Pengantin Gigil Nak Salam Siap Undur Belakang

Pernikahan dalam agama islam adalah fitrah manusia dalam memikul tanggungjawab dan amanat yang paling besar dalam hidup seseorang.

Ia merupakan satu ikatan suci dalam menyatukan dua hati untuk melayari bahtera rumah tangga bersama.

Pernikahan juga sangat mulia di sisi Allah SWT dan dirahmati kerana ia menghalang seseorang itu dari membuat kemungkaran seperti penzinaan sebaliknya menghalalkan sesuatu hubungan.

Bagi seseorang yang menjaga batas pergaulan dan kehormatan dirinya sebelum berkahwin pasti akan berasa malu jika berhadapan dengan suami setelah diijab kabulkan kerana mereka tidak biasa disentuh atau menyentuh seseorang yang bukan mahramnya.

Sama seperti video yang dimuat naik seorang individu lelaki di media sosial tiktok, dia yang baru sahaja berkahwin pada 9 September 2021 menunjukkan isterinya tersipu malu ketika bersalaman dengannya selepas mereka selesai diijab kabul.

Kedua-dua mereka berasa gementar ketika berhadapan kerana baru pertama kali bersua muka akibat pandemik yang melanda negara.

Gementar Sampai Jatuh Wallet

Di dalam video tersebut lelaki yang bernama Umar Hakim itu berdiri di hadapan isterinya sambil menghulurkan tangan dengan tangan sebelah lagi memegang beg dompet di belakang seolah-olah sudah bersedia untuk sesi bersalaman.

Oleh kerana berasa malu dengan si suami, isterinya menunduk dan teragak-agak untuk bersalam dengan Umar.

Apabila tangan mereka bersentuhan, mereka berdua seperti terkena renjatan elektrik kerana si isteri menarik tangan lalu mengundur ke belakang dan beg dompet Umar juga jatuh ke lantai akibat terkejut.

Begitu hebat ikhtilat yang mereka berdua jaga sehingga aksi spontan itu menjadi kenangan manis buat mereka ketika pertama kali bersua muka.

Nampak Kesucian Seorang Wanita Itu

Video yang dikongsikan itu telah mendapat perhatian netizen kerana adegan manis itu dan mendapat lebih 751.4k tontonan, 100k likes dan lebih 1000 komen di tiktok dan rata-ratanya netizen turut teruja dengan adegan spontan itu serta bangga dengan isterinya yang ternyata menjaga maruah seorang wanita.

“Comel tapi macam terkena electric shock dah”

“Nampak kesucian wanita itu”

“Pengantin perempuan berundur macam sentuh tu berdosa masyaallah”

“Jaga lah pergaulan jika mahu nampak sweet macam ni”

Video tular di laman Tiktok:

Slide ke kiri untuk video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.