Satu video telah viral di media sosial berkenaan seorang penunggang motosikal yang ditendang oleh polis ketika menjalani pemeriksaan jalan raya.
Ekoran dari itu, insiden berkenaan telah menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya terkejut dengan apa yang berlaku itu.
Penunggang motosikal mengelak dari pemeriksaan polis
Sementara itu, pihak polis cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu memaklumkan insiden itu berpunca apabila penunggang motosikal mengelak dari pemeriksaan selepas menunggang melawan arus dan perkara ini masih dalam siasatan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.
Siasatan masih dijalankan dan tindakan akan diambil jika didapati cuai
“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ujar beliau, kejadian berlaku ketika anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple sekitar jam 12.15 tengah hari lapor Harian Metro.
Penunggang cuba melarikan diri dari Op Motosikal
Difahamkan video berdurasi 15 saat itu menyaksikan penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dari pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ sekitar jam 12.15 tengah hari.
Kejadian itu dirakam orang awam dan tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.
Motosikal tersebut membuat pusingan U secara tiba-tiba
Rakaman video itu memaparkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba selepas ditahan untuk pemeriksaan.
Aidi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.
Penunggang motosikal sanggup melawan arus
“Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang melawan arus dan ubah suai ekzos,” katanya.
Selain itu, hasil pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.
Saya sokong Polis
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan mereka dan menyokong tindakan polis demi menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya yang lain.