Pelakon dan pengacara Mira Filzah telah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya.
Sekali lafaz Mira sah isteri Wan Emir Astar
Pasangan ini telah selamat diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Hanya dengan sekali lafaz, Pengacara nona ini kini sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar.
Kami merancang untuk bernikah Oktober depan
“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan”.
Difahamkan, majlis pelakon kegemaran ramai ini dipercepatkan kerana kakaknya yang menetap di luar negara tidak boleh kerap berulang-alik ketika pandemik ini.
Seperti yang dijangka, majlis resepsi kali ini juga turut menampilkan kelainan dan kembali mencuri tumpuan orang ramai.
Baby blue jade pilihan Mira dan Emir
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram ini, pasangan ini kembali mencuri tumpuan apabila tampil dengan busana ‘baby blue’.
Terdahulu, mereka yang bertunang pada 17 Julai lalu telah mendedahkan cara perkenalan mereka apabila memulakan perkenalan di media sosial.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Mira Filzah dan Wan Emir. Semoga ikatan suci yang dibina kekal hingga ke syurga.