[VIDEO] Gadis Cilik Belajar Bahasa Isyarat Untuk ‘Surprise’ Posmen Pekak dan Bisu
Bagi insan yang sempurna fizikal dan kesihatannya, disarankan untuk menghormati golongan kelainan upaya agar mereka juga merasakan tidak dipinggirkan. Bahkan, sudah banyak golongan kelainan upaya sudah berani untuk keluar dari zon selesa dan melakukan pekerjaan seperti orang normal. Jika diperhatikan, ramai golongan istimewa ini tidak mahu menerima layanan yang berbeza. Malah mereka ini lebih senang […]
Setiap anak kecil pastinya diajar oleh kedua ibu bapa untuk menghormati semua orang termasuk golongan kelainan upaya agar mereka juga merasakan tidak disisihkan.
Malah, kini sudah ramai golongan kelainan upaya yang sudah berani untuk keluar dari zon selesa dan melakukan pekerjaan seperti orang normal yang lain.
Kebanyakan mereka daripada golongan istimewa ini sebenarnya tidak mahu menerima layanan yang berbeza.
Mereka ini lebih senang jika orang sekeliling melayannya seperti insan biasa sahaja.
Begitulah kisah yang dikongsikan menerusi laman web BBC di mana seorang posmen kurang upaya bisu dan pekak menerima kejutan dari seorang kanak-kanak perempuan.
Tim Joseph merupakan insan kelainan upaya kategori pekak yang berkhidmat sebagai penghantar surat.
Hatinya tersentuh setelah seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, berkomunikasi dengannya buat pertama kali.
Mereka berdua berbual menerusi bahasa isyarat yang telah dipelajarinya di rumah sepanjang perintah berkurung di negara itu berlangsung.
Kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Tallulah, sebelum hanya berhubung dengan Tim Joseph dengan lukisan sebagai medium untuk mengucapkan terima kasih atas kerja keras lelaki berkenaan.
Namun, dia ingin bermesra dengan lelaki itu dengan lebih dekat dan membuat keputusan untuk belajar bahasa isyarat
Momen ini menjadi lebih mengharukan apabila Tim Joseph tersenyum dan agak terpegun kerana kanak-kanak berkenaan sudah pandai bahasa isyarat. Mereka berdua bahkan saling bergurau dan berbalas isyarat.
Usaha anak kecil ini telah berjaya menyentuh hati semua orang yang menonton videonya bersama seorang posmen yang mempunyai masalah pendengaran.
Rata-rata netizen amat tersentuh dengan keikhlasan kanak-kanak ini yang berusaha untuk mempelajari bahasa isyarat semata-mata mahu berbual dengan posmen kegemarannya itu.