Connect with us

Viral

[VIDEO] Gadis Ini Sedih Bila Tahu Boyfriend Sudah Beristeri, Rupa-rupanya Kejutan Yang Tak Disangka

Menerima kejutan istimewa dari orang tersayang pastinya satu perkaranya yang menggembirakan.

Sudah pasti momen itu akan menjadi satu memori indah yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Gadis ini menerima kejutan mengenai status teman lelakinya

Namun begitu, lain pula situasi yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila kejutan yang diperolehi nyata mengejutkan dirinya.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang wanita di aplikasi TikTok, video tersebut telah berjaya mendapat perhatian ramai.

Tetap tenang walaupun sedang kecewa

Rakaman yang dikongsikan oleh @deechanteq berkisarkan mengenai status hubungan teman lelaki kepada seorang gadis bernama Amira.

Dia kemudiannya memaklumkan teman lelaki Amira yang bernama Kamal merupakan suaminya.

Malah, dia turut memberi amaran kepada Amira untuk tidak lagi mengganggu rumah tangga mereka.

Kalau dah kahwin tak apa ramai lagi lelaki

Nyata berita tersebut memberi kesan kepada Amira menerusi riak wajahnya yang sedikit terkejut dengan berita berkenaan.

Namun, Amira tetap tenang dengan situasi itu dan cuba untuk mengawal emosi serta turut berjanji untuk tidak lagi mengganggu teman lelakinya itu.

Tiba-tiba terima hadiah belon, bear dan kek

Kemudiannya, @deechanteq meminta untuk mengikutnya ke kereta untuk diberikan sesuatu.

Apa yang mengejutkan gadis berkenaan adalah dia menerima beberapa hadiah istimewa seperti belon, bear dan juga kek.


Status teman lelakinya adalah lakonan semata-mata

Gadis berkenaan tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui status hubungan @deechanteq dan teman lelakinya adalah lakonan semata-mata.

Bahkan, Amira turut menitiskan air mata apabila mengetahui perkara itu dan terharu dengan pemberian istimewa yang diterima olehnya.

Dalam proses mengumpul duit untuk menghalalkan gadis itu

Difahamkan, teman lelakinya kini dalam usaha untuk mengumpul wang bagi menghalalkan hubungan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi positif dan turut memuji sikap yang ditunjukkan oleh Amira.

Netizen puji cara gadis ini kawal emosi

Mereka memuji Amira sanggup mengundurkan diri setelah mendapat tahu status teman lelakinya dan bijak menahan emosi dengan situasi yang dihadapi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)

Walaubagaimanapun, ada juga antara komen netizen yang bersimpati kerana gadis berkenaan disakat.

Rakaman yang dimuatnaik di aplikasi TikTok itu telah meraih lebih dari 700, 000 tontonan setakat ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.