Connect with us

Viral

[VIDEO] Gadis Sedih Ditinggalkan BF Hanya Kerana Tak Habiskan Makanan

Bagi mereka yang sedang bercinta, kebanyakan masa yang dihabiskan dengan keluar berjalan-jalan bersama.

Kebiasaanya lokasi yang sering menjadi pilihan mereka adalah pusat membeli belah untuk menghabiskan masa bersama dengan kekasih hati.

Walaupun kadang-kala tiada barang atau keperluan yang hendak dibeli tetapi suasana pusat membeli belah sesuai untuk menhabiskan masa berjam-jam sambil mencuci mata.

Ada segelintir wanita tidak suka menghabiskan makanan 

Apabila selesai berjalan pastinya akan berhenti untuk mengisi perut di dalam sana walaupun harga makanan di dalam pusat membeli belah agak mahal.

Namun begitu, kebiasaannya si lelaki tidak kisah untuk membelanja teman wanita mereka menikmati makanan yang digemari.

Tinggalkan kekasih kerana tidak habiskan makanan

Jika dilihat secara mata kasar, segelintir wanita mempunyai habit tidak menghabiskan makanan mereka.

Hal ini juga menjadi salah satu sebab seorang wanita ditinggalkan kekasih hatinya kerana kecewa dengan sikap kekasihnya itu.

Lelaki itu luah perasaan kecewa dengan sikap gadis tersebut

Menerusi aplikasi TikTok, wanita ini berkongsi satu rakaman video yang sempat dirakam ketika kejadian.

Difahamkan, lelaki tersebut turut menghantar mesej meluahkan perasaan kecewanya dan berlalu pergi dari situ.


Berjaya meraih 3 juta tontonan setakat ini

Rakaman video tersebut setakat ini berjaya meraih lebih dari 3 juta tontonan semenjak ia dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berpihak kepada teman lelaki tersebut kerana memberikan pengajaran kepada teman wanitanya mengenai sikap pembaziran.

@jiihanaa_Kalau makan gak pernah habis😔##pubgemojicheck ##fypシ゚viral ##bucin_story ##tokopediawibshow♬ original sound – LEO ACCESSORIES GADGET

Ada segelintir juga turut mencadangkan supaya gadis berkenaan memesan makanan ringan atau makanan dalam saiz yang kecil memandangkan dia tidak dapat menghabiskan hidangan yang mempunyai saiz yang besar.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.