[VIDEO] Gara-gara Anak Sangat Cinta Agama & Selalu Azan, Rumah Didatangi Polis
Besar cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa. Memahami kanak-kanak istimewa ini memerlukan kesabaran dan ketabahan yang besar.
Namun begitu, ramai diantara ibu bapa yang sangat optimis dan tabah dalam membesarkan anak istimewa mereka.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata istimewa
Begitu juga dengan sepasang suami isteri ini yang bukan dikurniakan satu mahal dua kehadiran dua orang anak istimewa sebagai penyeri rumah tangga.
Menurut Noordianah Alwi yang dikurniakan dua cahaya mata autisme, cabaran yang dihadapi bukan sekadar memahami sifat istimewa anak-anaknya, namun ujian paling utama adalah orang sekeliling.
Empat orang anggota Polis masuk ke kawasan rumah
Beliau turut memuat naik satu perkongsian mengenai cabaran getir yang meninggalkan impak besar kepada mereka sekeluarga, sebagaimana yang dikongsikan di Facebook.
Dimaklumkan Iman berbuat bising lagi
Kisah bermula apabila dia menerima panggilan telefon daripada suami memaklumkan empat anggota polis hadir ke kawasan perumahan, susulan aduan daripada jiran mengenai tindakan anak sulungnya, Muhammad Iman Azhar yang berusia 10 tahun.
“Azan (laungan) Iman, diadukan lagi kepada pihak PDRM. Dimaklumkan Iman berbuat bising lagi, umi agak terkejut sebab sejak pukul 11.50 pagi umi sampai rumah, tak dengar pun iman guna mic (pembesar suara)”.
Panjang umi abah terangkan pada polis dan mereka memahami keadaan Iman
“Mic dah lama tak guna sejak kes DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) datang ke rumah”.
“Anak umi azan manual saja. Panjang umi abah terangkan pada pihak polis dan mereka memahami keadaan Iman,” tulisnya yang membahasakan dirinya sebagai umi dalam perkongsian tersebut.
Mereka menulis surat kepada seluruh penghuni terangkan situasi Iman
Tambah beliau, mereka tidak mahu hubungan dengan jiran tetangga bertambah keruh, Noordianah dan suaminya mengambil keputusan untuk menulis surat.
Surat tersebut menerangkan situasi anak istimewa mereka kepada seluruh penghuni di taman perumahan tersebut.
Ia antara cabaran paling sukar dalam membesarkan Iman
Menerusi laporan mStar, Noordianah mengakui ia adalah antara cabaran paling sukar yang pernah dialaminya selama membesarkan Iman, namun dia mengambil pendekatan untuk bersikap positif.
“Saya sentiasa positif dengan apa juga dugaan yang Allah datangkan melalui anak autisme saya dan saya perlu fahamkan orang lain jika mereka tidak faham”.
Saya menceritakan Iman sangat obses dengan azan
“Saya mengambil keputusan menulis surat kepada jiran tetangga yang menceritakan keadaan Iman yang sangat obses dengan azan, saya juga bawa Iman untuk hantar surat itu ke rumah jiran-jiran”.
“Dua hari selepas itu ada jiran yang temui saya dan memohon maaf dan memberi kata-kata motivasi untuk terus bersabar.”
Saya tetap positif demi anak-anak
“Ya, ia agak ‘berat’ bila rumah didatangi pihak majlis perbandaran dan polis, tapi saya tetap positif situasi ini menuntut saya bertindak wajar dan munasabah demi anak-anak,” katanya.
Noordianah turut memberitahu, Iman disahkan Autism Spectrum Disorder, Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) and kecelaruan mood, yang mana dia memerlukan rawatan dan ubat psikatri setiap hari.
Sementara itu anak keduanya, Nur Imanina Azhar yang berusia lapan tahun pula disahkan mengalami Intellectual Disability with Autism Spectrum Disorder.
Iman tantrum jika minatnya dihalang
Jelas beliau lagi, Iman mengalami tantrum yang teruk pada sesetengah perkara terutama jika minatnya dihalang, dan tingkah laku yang sangat mencabar seperti sukar tidur malam serta merosakkan pelbagai barang.
“Namun Iman sangat cintakan agama dengan disiplin solat, azan, baca kitab, obses pada PA system, berbakat dalam bidang kaligrafi”.
Iman Naib Johan hafazan kategori sekolah rendah negeri Sabah
“Sekarang mula mencipta siaran televisyen dan radio sendiri dan mencipta sendiri channel serta mempunyai teman-teman channel dari Indonesia. Sangat bercita-cita besar untuk menjadi imam dan pendakwah”.
“Pencapaian tertinggi Iman pada tahun ni, Naib Johan hafazan pendidikan khas kategori sekolah rendah negeri Sabah”.
Iman Johan kaligrafi ihtifal ilmi madrasah al mubarak 2020
Selain itu juga, Iman juga merupakan Johan kaligrafi ihtifal ilmi madrasah al mubarak 2020,” cerita wanita berusia 47 tahun ini.
Ibunya bersyukur keadaan Iman kini semakin stabil, berdikari dan boleh menguruskan diri sendiri.
Menurut Noordianah, sumber kekuatan dia dan suami adalah keikhlasan, kesabaran dan jangan sangka buruk pada takdir Tuhan.
“Allah telah memberi kita ilmu dan pengalaman yang tidak semua orang dipilih melaluinya”.
Jangan terus hukum ibu bapa tak tahu ajar
“Ambil masa untuk hiburkan diri dengan perkara yang berfaedah dan mendekatkan diri pada Allah seperti kerja amal”.
“Mungkin ramai yang kurang kesedaran tentang autisme, oleh itu tambah ilmu melalui pembacaan, pendengaran serta sentiasa positif jika melihat perangai kanak-kanak yang luar biasa. Jangan terus hukum mak bapa tak tahu ajar”.
Autisme yang berbakat adalah aset pakar.
“Saya juga sangat mengharapkan kerajaan mempunyai perancangan yang teliti dalam pembangunan pendidikan, pengembangan bakat dan laluan kerjaya insan autisme di Malaysia”.
“Autisme yang berbakat adalah aset pakar yang boleh dilahirkan jika kita bertindak lebih awal membantu mereka,” katanya lagi.
Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua. Diharap kita lebih bersikap terbuka dalam membantu kanak-kanak istimewa membesar dalam persekitaran yang sihat.