Ramai orang yang berbuat baik semasa hanyat mereka akan terbongkar kebaikan yang dilakukan ketika kematiannya.
Kebaikan mereka ini akan meniti dibibir orang ramai walaupun ketika hayatnya insan istimewa ini tidak dikenali ramai.
Begitulah dengan sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Twitter mengenai satu kisah yang menyayat hati mengenai kematian seorang lelaki.
Lelaki ini hanya tinggal di jalanan
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ismael Hadi. Difahamkan, dia ditemuai meninggal dunia di samping anjing-anjing jalanan.
Menurut info, Ismael, tidak mempunyai sebarang tempat teduh dah hanya tinggal di jalanan. Kisah sedih ini terjadi di Yaman.
Sikap lelaki ini yang sering memberi makan kepada anjing jalanan
Menerusi sat perkongsian video di Facebook, Ismael seorang yang terkenal di Pasar Al Dalil, Yaman kerana sikapnya yang sering memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan.
Setelah menghembuskan nafas yang terakhir, anjing-anjing yang pernah dibantu selama bertahun-tahun ini kelihatan sedih dan tidak mahu berganjak daripada mayatnya.
Anjing-anjing itu kelihatan sedang memeluk Ismael
Kisah mengenai Ismael ini dikatakan telah tular di media sosial dan menjadi buah mulut warganet.
Menerusi foto itu menunjukkan anjing-anjing tersebut kelihatan seperti sedang memeluk Ismael menunjukkan tanda setia kepada Ismael yang banyak membantu selama ini.
Anjing-anjing itu balas budi dengan setia di sebelah mayat Ismael
Walaupun Ismael diuji dengan kesusahan di dunia, namun sikap kemanusiaannya wajar dipuji.
Anjing-anjing tersebut membalas budinya dengan kesetiaan menunggu di sebelah mayatnya dengan raut wajah yang cukup menyayat hati.
Difahamkan, Ismael merupakan seorang gelandangan jalanan yang tidak mempunyai sebarang ahli keluarga.