Connect with us

Viral

[VIDEO] Gemuruh Tepukan Dari Staff Hospital Untuk Hargai Jasa Petugas Kesihatan

Ketika kita duduk dirumah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, pasukan barisan hadapan bertungkus lumus melawan wabak Covid-19 ini.

Mereka ini bukan sahaja terdiri dari doktor, jururawat, polis, askar, bomba namun begitu ramai lagi yang seperti pekerja pasar raya, penghantar makanan dan pencuci yang sama-sama turut bekerja ketika PKP ini.

Mereka bekerja untuk memastikan orang ramai selamat berada dirumah dan mengurangkan risiko jangkitan di luar.

Jangan lupakan jasa petugas kebersihan

Jasa dan pengorbanan serta sumbangan yang dilakukan barisan hadapan yang berkhidmat untuk kita sebagai orang awam ini perlulah dihargai sampai bila-bila.

Selain itu, pengorbanan yang yang dilakukan oleh petugas-petugas pembersihan juga pelu dikenang.

Oleh itu, mereka ini juga tidak boleh disisihkan kerana sumbangan mereka ini juga cukup besar dan kita perlu menghargainya.

Petugas kebersihan diraikan di hospital 

Menerusi satu perkongsian Twitter oleh seorang pengguna, petugas kesihatan di sebuah hospital memutuskan untuk menzahirkan penghargaan kepada wira yang tidak didendang.

Mereka termasuk pekerja pembersihan, keselamatan, kakitangan di bahagian dapur serta kakitangan infrastruktu di hospital mereka ini dengan cara memberi tepukan gemuruh kepada mereka.

Video itu memaparkan sekumpulan petugas kesihatan profesional memberi tepukan gemuruh kepada petugas pembersihan di Sant Joan de Déu Hospital di Barcelona menjadi tular selepas ianya dimuat naik di Twitter minggu lalu.

Hospital mengucapkan terima kasih kerana jasa mereka

Menerusi video berkenaan, hospital tersebut turut menyelitkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kakitangannya.

Ini kerana mereka sanggup berkorban masa dan tenaga mereka menjalankan tugas dalam kawasan yang penuh berisiko tinggi.

Oleh yang demikian, kita sebagai orang awam pula perlulah menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang berdepan ancaman risiko nyawa demi keselamatan kita.

Semoga kita sama-sama bekerjasama dan mematuhi arahan PKP ini. Kita duduk rumah untuk mereka, mereka bekerja untuk kita.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.