Kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Begitulah pepatah yang digunakan apabila berbicara mengenai kasih sayang ibu dan ayah kepada anak-anak.
Jika ketika kita kecil, tangan ayah dan ibu erat memimpin tangan kita dan adalah kita melakukan hal yang sama ketika mereka telah tua.
Berjalan pimpin erat tangan ibu dan ayah tindakan yang harus dipuji
Sebagai seorang anak, berjalan sambil pimpin erat tangan ibu atau ayah adalah satu tindakan yang harus dipuji.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli hari ini memuatnaik video dan gambar dirinya menziarahi ayahnya di kampung.
“Singgah bertanya khabar orang tua di kampung. Mohon doa dan restu bagi meneruskan amanah yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW bersabda:
“Orang tua (ibu bapa) adalah pintu Syurga paling tengah. Kalian boleh sia-siakan pintu itu atau kalian boleh menjaganya.” (Riwayat al-Tirmidhi)
“Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan orang tua (ibubapa).
“Kemurkaan Allah itu berlawanan dengan redha pada kemurkaan orang tua kerana Allah SWT memerintahkan kita agar mentaati ibubapa serta memuliakan sesiapa yang mentaati mereka.
“Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah.”
Beliau memegang erat tangan ayahnya
Beliau berkongsi momen tersebut menerusi laman Twitternya. Perkongsian yang menyentuh hati itu telah mendapat perhatian ramai.
Sampai masanya kita pimpin tangan ayah
“Dulu ayah pimpin tangan kita. Sampai masanya nanti kita pimpin tangan ayah. Petang tadi sempat jalan keliling kampung dengan ayah sebelum balik KL”.
Apa yang membuatkan hati kita tersentuh adalah sepanjang melangkah bersama-sama, beliau sentiasa memegang tangan ayahnya dengan erat dan mesra.
Ziarah pusara arwah ibu
Pada masa yang sama, beliau juga dilihat mengambil kesempatan menziarahi pusara arwah ibunya.
Perkongsian beliau mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen yang turut mendoakan beliau dan ayahnya diberikan kesihatan yang baik.