Detik indah diijabkabul adalah momen yang masih segar diingatan buat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga biarpun momen tersebut telah berlalu bertahun lamanya.
Bagi wanita momen itu adalah saat yang menyedihkan kerana dirinya bakal diserahkan oleh ayah tersayang kepada imam barunya.
Bagi lelaki pula, ia merupakan detik yang penuh mendebarkan apabila momen itu bakal disaksikan oleh semua tetamu yang hadir di majlis berkenaan.
Aksi lucu ketika akad nikah
Pastinya perasaan gemuruh dan pelbagai perasaan lain bercampur baur selagi pengantin lelaki tidak melafazkan akad ketika itu.
Oleh itu dapat kita lihat pelbagai rakaman video yang lucu dikongsikan mengenai aksi-aksi spontan yang berlaku ketika akad nikah dijalankan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram oleh seorang jurusolek yang dikenali sebagai Erin, rakaman video ketika akad nikah itu telah mencuri tumpuan ramai.
Reaksi spontan pengantin lelaki gamatkan suasana
Rakaman video tersebut memaparkan majlis akad nikah yang sedang berlangsung dan kelihatan pasangan pengantin mengenakan busana baby blue pada majlis indah mereka.
Di dalam video berkenaan memperlihatkan seorang lelaki sedang menjawab lafaz akad di hadapan bapa kepada pengantin perempuan yang menjadi wali pada hari tersebut.
Ibu mertua dan pengantin perempuan tidak berhenti ketawa
Apa yang mencuri tumpuan adalah reaksi pengantin lelaki dengan spontan telah mengakhiri akad berkenaan dengan perkataan sah.
Aksi lucu itu bukan sahaja mengundang gelak tawa dari tetamu malah ibu mertua yang duduk disamping pengantin perempuan juga terhibur dan tidak dapat berhenti ketawa.
Pengantin lelaki meminta maaf dengan reaksi spontan itu
Pengantin lelaki kemudiannya sempat meminta maaf sambil tertawa dengan jawapan spontan yang keluar darinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi spontan pengantin lelaki itu ketika majlis pernikahan mereka.
Mereka turut memahami apa yang sedang dihadapi oleh pengantin lelaki yang pastinya berasa gemuruh ketika itu.
Berjaya raih lebih dari 100,000 tontonan
Malah, netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan menitipkan doa agar perkahwinan yang terjapin diberkatiNya.
Setakat ini, rakaman video yang berdurasi 55 saat itu tersebut telah berjaya meraih 100,000 tontonan sejak dimuat naik di laman Instagram.