[VIDEO] Guna Loghat Perak Pior, Drama Heri Bota Buat Penonton Gelak Berdekah
Ramai diantara kita memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga dirumah menonton pelbagai drama seisi keluarga.
Aktiviti hujung minggu bersama keluarga di rumah ketika ini sememangnya satu waktu yang sangat berkualiti.
Apatah lagi apabila rancangan televisyen menghidangkan sesuatu yang menarik untuk ditonton bersama seisi keluarga.
Heri Bota menghiburkan
Pada malam tadi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) saluran TV1 telah menayangkan satu drama komedi ringan pada 6 Jun hari sabtu jam 9.00 malam bertajuk Heri Bota.
Menampilkan lakonan bersahaja Aedy Ashraff, Nor Khiriah, Kazar Saisi, Delimawati, Hamdan Senario, Arja Lee dan ramai lagi.
Drama ini dikatakan benar-benar mengeletek perut para penonton dengan lontaran dialog menggunakan dialek pekat Bota, Perak.
Sinopsis drama Heri Bota
Menerusi Instagram RTM Malaysia, satu posting dimuat naik mengenai drama tersebut beserta dengan sinopsis cerita itu.
“Yang pasti, pertemuan dengan Rizal telah mengubah kehidupan Heri! Tapi benarkah Heri bekerja sebagai pelakon semasa di Kuala Lumpur”.
Turut Trending di Twitter
Drama kekeluargaan yang sarat dengan mesej ini bersiaran hampir dua jam dengan masing-masing menunjukkan mutu lakonan yang terbaik.
Barisan pelakon yang berbakat dan lakonan yang bersahaja membuatkan drama ini trending di Twitter.
Harry Potter jadi Heri Bota
Selain itu, drama arahan Muhammad Hafiez Othman ini berjaya membuatkan warganet terhibur dengan lontaran dialek Bota pekat yang sangat menghiburkan.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan terhibur dengan drama ini.