[VIDEO] Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video Sembah, Naim Daniel Dapat Surat DBP
Memuat naik sekeping surat yang diterima daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Naim Daniel tidak menyangka usahanya memartabatkan tulisan Jawi di dalam klip video terbarunya, Sembah mendapat pengiktirafan daripada badan penguatkuasaan bahasa itu. Malah menurut surat itu lagi, DBP berharap agar pihak lain turut menyokong usaha memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. “Allahuakbar, satu penghargaan […]
Penyanyi muda yang kian meningkat naik, Naim Daniel telah melancarkan video klip lagu terbarunya, Sembah.
Baru saja memenangi Anugerah Juara Lagu baru-baru ini menerusi lagu Sumpah, single kedua dari Naim telah menerima respon positif dari para peminatnya.
Sehingga artikel ini ditulis, video klip lagu Sembah telah menerima lebih 1.7 juta views di laman Youtube.
Hasil keunikan video lirik tersebut, Naim telah menerima surat daripada Dewan Bahsa dan Pustaka (DBP).
Menerusi laman Instagram, Naim telah memuat naik sekeping surat yang diterima daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Naim Daniel seolah-olah tidak menyangka usahanya memartabatkan tulisan Jawi di dalam klip video terbarunya, Sembah mendapat pengiktirafan daripada badan penguatkuasaan bahasa itu.
Malah menurut surat itu lagi, DBP berharap agar pihak lain turut menyokong usaha memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.
“Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment . Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini.
“Teruskan mendengar lagu terbaru saya, Sembah ! Di semua platform digital ! #sembahxnaim,
Rata-rata para pengikut Naim Daniel di Instagram mengucapkan tahniah kepadanya dan memuji usahanya menaikkan nama tulisan jawi.
“congrats Naim berjaya martabatkan tulisan jawi when ramai pihak sedang menentang usaha kerajaan utk martabatkan jawi dlm silibus sekolah i hope Naim dpt teruskan usaha and semoga berjaya!!”
“Apa yg Naim dapat skrg 1 ja yg boleh nmpk. “Once you let go those toxic, you’ll gain more than you ever ask for” Kipidap Naim”
“Waahhhhh alhamdulillah tahniah… Teruskan.. martabatkan tulisan jawi walaupun sy tulis komen x gune tulisan jawi”
Tahniah diucapkan buat Naim Daniel. Semoga usahanya memartabatkan tulisan jawi ini akan menjadi ikutan para selebriti yang lain.