Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Kejutan Terbesar!!” Naqiu dan Hady Mirza Juara Gegar Vaganza 2019

Pentas akhir Gegar Vaganza musim ke enam (GV6) pada malam ini menyaksikan pertembungan antara enam finalis dalam merebut takhta juara.

Mereka adalah lima penyanyi solo iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Sham (Visa), Jatt Ali dan Hady Mirza, serta penyanyi berkumpulan, One Nation Emcees.

Persaingan akhir yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan para peserta diberi dua buah lagu tugasan iaitu secara solo dan ‘battle’.

Berikut adalah senarai lagu konsert minggu akhir GV6:

SENARAI LAGU KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 2019 (GV2019)

  1. Hady Mirza – Ku Bersuara (Ernie Zakri)
  2. Naqiu Boboy – Srikandi Cintaku (Bloodshed)
  3. Jatt – Without You (Harry Nilsson)
  4. One Nation Emcees – Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)
  5. Nurfatima – Insan (Yantzen)
  6. Sham Visa – Haruskah Diuji (Farish)

Lagu Pusingan Battle 

  1. Haa Tepok – Naqiu VS Hady Mirza
  2. In The End – Nurfatima VS One Nation Emcee
  3. Angguk Angguk Geleng Geleng – Jatt VS Sham Visa

Penilaian juri profesional masih mengekalkan khidmat juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama juri undangan Dato’ Rizalman.

Persembahan istimewa juga dari alumni Gegar Vaganza ke-6 iaitu Roy, Shila Amin, Wann, Wan Sofazr.

Juara Gegar Vaganza Musim ke Enam 2019

Malam ini menyaksikan sejarah baru tercipta apabila Gegar Vaganza mengumumkan kedua-dua penyanyi Naqiu dan Hady Mirza sebagai Juara!

Naqiu dan Hady masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.00, percutian ke luar negara, ubahsuai dalaman rumah dan trofi.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Jatt. Ini bermakna, Gegar Vaganza pada tahun ini tiada naib juara!

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

 

Video Gegar Vaganza Final 2019

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.