Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Hai Aidil, call saya, anak-anak sedang menunggu” Jawab Rita Rudaini Dalam Temubual Melodi

Sebelum ini, pelakon popular, Rita Rudaini berkongsi sebuah video ketika menonton perlawanan bola sepak AFF Suzuki 2018 bersama anak-anaknya.

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Sanggup tengok dalam hujan anak-anak saya ni, first time saya bawa diorang keluar tengok bola ramai-ramai di kedai mamak,” tulisnya.

Perkara itu membuatkan ramai netizen berasa sebak dan sayu melihat anak-anak Rita bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan itu tidak menonton perlawanan tersebut di stadium.

“Kesian Ryan, dapat tengok ayah dalam TV je.

“Sedihnya tengok mereka, semoga Allah jadikan mereka anak yang baik.

“Sedihlah, anak-anak terpaksa tengok bola di mamak saja.

“Kesiannya tengok Daddy di skrin mamak je, padahal tempat yang layak untuk kamu berdua adalah di seat VIP dalam stadium,” tulis netizen.

Rita Rudaini dalam satu temu bual berkata beliau merasa terkejut apabila anak sulungya Airit Rayyan Rizqin meminta beliau untuk mencari ayah baharu.

“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu. Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian. Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain. Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa.”

Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

Dalam satu temubual dengan Melodi, Rita Rudaini menjawab soalan yang diberikan tenatang kesediaan beliau berbaik semula dengan bekas suami demi anak-anak.

Sebelum ini, pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersedia menemui dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, pada bila-bila masa.

BACA: Aidil Sedia Jumpa Anak-anak

” Insya Allah, saya akan jumpa dia,” katanya menjawab ringkas pertanyaan peminat di Instagram Live isterinya, Zarema Zainal.

Rata-rata pengikut Rita menyatakan simpati dengan anaknya itu dan mendoakan agar Aidil akan mencari jalan untuk berjumpa anaknya itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.