Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.
Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.
Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Pipie Eycka di laman TikTok berkongsi detik lucu anaknya bermain dengan ikan mentah!
Menerusi video tersebut, anaknya kelihatan mencium mulut ikan tersebut dan difahamkan dia mengambil ikan itu tanpa pengetahuan ibunya serta menggangapianya merupakan satu mainan.
“Dia sendiri ambil ikan tu tanpa pengetahuan saya, dia fikir ikan itu mainan”
“Video ini di ambil secara tidak sengaja ya, selepas saya stop record, saya terus bagi mandi anak saya untuk kebersihan”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 282.6K tontonan, 17.4K tanda suka, 701 komen dan 2116 perkongsian di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah anak kecil tersebut dan ada juga yang berseloroh mengatakan anak kecil itu sedang melakukan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) kepada ikan tersebut untuk terus kembali hidup!
Wanita ini juga turut mengakui anak nombor 2 nya ini memang ‘panjang akal’ dan ramai daripada para netizen menyifatkan anak nombor 2 ni memang banyak ragamnya dan sering melakukan perkara diluar kotak.
Antara komen lucu netizen: