Pelakon Hafreez Adam berkongsi video dan foto sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-31 menerusi laman Instragram bersama pengikutnya.
Menerusi video yang dikongsiakan pelakon ini telah menerima pelbagai hadiah pemberian daripada peminat yang selama ini telah menyokong karier pelakon lelaki ini.
30 kali Hafreez Adan turun naik lift ambil hadiah harijadi
Akan tetapi ada seorang peminat misteri yang sanggup beri hadiah sampai 30 kali Hafreez Adam turun dan naik lift untuk mengambil hadiah tersebut.
Apa yang menarik adalah hadiah yang diberikan kepadanya sempena ulang tahun kelahirannya itu diterima dari pemberi yang sama.
Peminat misteri yang dimaksudkan oleh Hafreez Adam itu ialah seorang pelakon juga iaitu Azar Azmi.
Pelakon wanita ini sanggup hantar kesemua hadiah menaiki naik 4×4
Selain itu, Hafreez Adam berkongsi beberapa klip pendek dan cerita ringkas di posting Instagramnya.
Pelakon ini terpaksa naik dan turun lift di kediaman sebuah kondominium sebanyak kira-kira 30 kali untuk terima penghantaran dari riders.
Pelakon wanita itu juga sanggup menghantar kesemua hadiah dengan menaiki sebuah kenderaan jenis 4×4.
31 biji kek cawan untuk 31 kali penghantaran
Namun begitu, lain pula jadi yang dihidu peminat apabila seakan terbau ada sesuatu mengenai hubungan di antara kedua pelakon ini.
“Ada orang rancang nak buat kejutan. Kononnya 31 biji kek cawan (cupcakes) untuk 31 kali penghantaran. Rumah pula jenis kondominium.”
Saya tidak tahu siapa pengirim sebab tak ada kad
“Musim lockdown semua penghantaran kena ambil kat bawah. Masa penghantaran pertama saya ambil.”
“Tertanya juga siapa yang bagi sebab tak ada kad (pengirim). Cuma kek cawan dan belon,” katanya
Menurut pelakon drama Mona Lisa itu lagi, dia mendapat panggilan penghantaran hadiah setiap tiga hingga empat minit dan terpaksa turun ke bawah kediamannya untuk mengambil hadiah sehinggalah dia tidak larat untuk berbuat demikian.
Pengirim mahu saya ambil sendiri hadiah
“Sehingga panggilan kedua terakhir (kali ke-30), saya turun sendiri sebab rider (penghantar hadiah) kata kali ini tuan yang mengirimkan hadiah (Azar Azmi) mintak saya ambil sendiri hadiah. Istimewa katanya,” ujarnya.
Hafreez terima bunga, kek dan belon dari Azar
Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Hafreez berkongsi saat dia menerima beberapa hadiah berupa jambangan bunga, kek, coklat dan belon yang diterima daripada Azar.
Sementara Azar menerusi Instagramnya menjelaskan, dia berbuat demikian (mengirimkan banyak hadiah) kepada Hafreez kerana ingin melihat pelakon itu berasa gembira ketika meraikan hari jadi.
Saya akan selalu doakan setiap langkah perjalanan awak
“Saya tidak mahu apa-apa daripada awak. Tapi saya akan selalu mendoakan setiap langkah perjalanan awak.”
“Mengirimkan hadiah sempena hari istimewa (hari jadi) awak, sekurang-kurangnya membuatkan awak gembira dan rasa dihargai,” tulisnya.
Saya minta maaf kalau menjengkelkan awak
Dalam pada itu, Azar turut meminta maaf kepada Hafreez jika tindakannya menghantar hadiah yang banyak telah menyusahkan pelakon tersebut.
“Saya minta maaf kalau menjengkelkan awak. Selamat hari jadi yang ke-31 Hafreez Adam,” ujar Azar.
Adakah mereka sedang dilamun cinta?
Tindakan Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 32, membuat kejutan hari jadi Hafreez sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila ramai yang berteka-teki, adakah mereka sedang dilamun cinta.
“Manisnya. Untuk Azar dan Hafreez saya mendoakan semoga berbahagia selalu, dipermudahkan segala urusan. Kalau jodoh kenapa tidak? Yang penting kamu berdua bahagian,” komen salah seorang pengikutnya.
Azar nekad rahsiakan identiti kekasih baharu
Menguatkan andaian, Azar yang telah putus tunang pada Februari tahun lalu baru sahaja bercerita tentang status hatinya tetapi nekad untuk merahsiakan identiti kekasih baharunya.
Pelakon yang popular menerusi drama Nur 2 itu mengakui bahawa dia sudah menemui pengganti.
Pengalaman putus tunang ajar Azar lebih berhati-hati kongsi hal peribadi
Namun pengalaman putus tunang mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi perihal peribadinya kepada umum.
Malah, Azar turut memaklumkan bahawa dia kini memang sedang bercinta dengan seseorang dan akan berkongsi perkara tersebut dengan peminat apabila sampai waktunya nanti.