Terdahulu, telah tular di laman Twitter mengenai seorang influencer Vietnam yang kesal apabila babak yang melibatkan dirinya dalam muzik video telah dipotong.
Menurut influencer tersebut yang dikenali sebagai Jade, babak tersebut dipotong gara-gara sifat cemburu isteri vokalis tersebut.
Walaupun Jade tidak menyatakan nama vokalis dan isterinya, namun warga Twitter mengaitkan Tweet tersebut ditujukan kepada Akim dan Stacy.
Video tersebut tidak sesuai untuk dikeluarkan
Difahamkan, Akim turut membuat penjelasan di akaun peribadi Twitternya mengenai dakwaan yang dibuat Jade.
Jelas Akim, lagu Rampas didedikasikan khas buat Allahyarham ibunya dan berasakan muzik video tersebut tidak sesuai untuk dikeluarkan.
Lagu itu ditujukan untuk ibunya
Menurut Akim, pihaknya telah menukar konsep jalan cerita bagi menghormati lirik lagu berkenaan yang ditujukan khas buat Allahyarham ibunya, Aminah Baharu.
Menerusi laman Instagram Melodi, kali ini giliran penyanyi Stacy pula memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan.
Stacy terkilan kerana sikap tidak profesional model berkenaan
Jelas Stacy sudah lama wanita itu tidak berpuas hati mengenai isu tersebut dan beliau turut terkilan kerana model tersebut tidak profesional dan bersikap sedemikian.
Ujar penyanyi itu, scene yang melibatkan model tersebut tidaklah keterlaluan. Namun beliau sempat berseloroh dan tidak menafikan berasa sedikit geram ketika penggambaran.
Melihat Stacy sedemikian, Akim turut memuji isterinya sangat cantik dan menyakinkan isterinya seorang yang istimewa sehingga dia bertindak mengahwini isterinya itu.
Aksi bersahaja Stacy Akim buat netizen gembira
Reaksi kedua-dua penyanyi ini turut merungkai salah faham yang timbul sebelum ini dan aksi mereka yang bersahaja nyata sangat menghiburkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira dengan pengakuan dari pihak Akim dan Stacy itu.
Tidak salah seorang isteri cemburu
Mereka juga memuji sikap pasangan ini yang profesional dengan kerja yang mereka lakukan dan menyatakan tidak salah untuk seorang isteri berasa cemburu akan suaminya.
Netizen juga turut terhibur dengan kenyataan yang diberikan dan turut menitipkan doa buat pasangan ini kekal bersama hingga ke jannah.
Posting rakaman video tersebut telah berjaya meraih lebih 100,000 tontonan setelah ia dimuat naik di Instagram Melodi.