Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Hanya 2 baris saja mampu dinyanyikan” Terlalu Sedih Dengan Pemergian Siti Sarah, Tokti Tidak Mampu Teruskan Nyanyian

Semenjak seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah. Ramai yang terkesan walaupun hanya kenal di kaca televisyen sahaja.

Rata- rata berkongsi kisah bagi yang mengenali Allahyarham lebih lebih lagi rakan artis sampai tidak sanggup untuk melihat media sosial kerana sedih.

Antara yang terkesan dengan pemergian tersebut adalah penyanyi No 1 Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza yang merupakan seorang sahabat yang sama- sama menapak nama dengan Allahyarham Siti Sarah di dalam industri dalam era yang sama.

Tidak dapat dinafikan lagi ikatan persahabatan mereka.

Tular di dalam satu video yang dimuat naik oleh seorang individu apabila Dato’ Siti Nurhaliza kelihatan sebak dan sugul ketika menyanyi lagunya yang bertajuk ‘Aku Bidadari Syurgamu’.

Beliau tidak dapat menahan air mata apabila lagu itu dinyanyikan dan hanya dua baris lagu itu sahaja dapat dinyanyikan.

Kata pengurusnya, sebelum rakaman diadakan Dato Siti ada memberitahu yang dia bimbang tidak dapat menyanyikan lagu itu sebaiknya kerana masih sedih.

Namun ketika dinyanyikan rangkap pertama beliau berhenti dan meminta menukar lagu lain.

“Sebelum memulakan rakaman, @ctdk sudah memaklumkan bahawa beliau bimbang tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana perasaan sedih dan sebak di atas pemergian sahabat artis, arwah @sitisarahraissuddin .

“Memulakan rangkap pertama lagu tersebut, hanya 2 baris sahaja mampu dinyanyikan dan beliau terus berhenti.

“Lalu kami memohon kepada penganjur untuk menukar lagu dan penganjur juga sangat memahami situasi hari ini,” kata pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

Menurut pengurusnya Rozi Abdul Razak, ramai yang menggelarkan arwah Siti Sarah sebagai ‘bidadari’ menyebabkan Tokti tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.

Video tular di media sosial

“Allahuakhbar.. Ramai yang sayang dan terasa dengan kehilangan arwah @sitisarahraissuddin termasuk Datuk Sri @ctdk ..

“Sesungguhnya arwah adalah Bidadari @shuibsepahtu.Semoga kita juga akan di doakan dan di rindui bila giliran kita tiba untuk mengadap Allah.. Aamiin”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Netizen juga mengambarkan rasa sedih kerana lagu itu sangat sesuai dengan situasi sekarang lebih-lebih lagi Shuib menggelarkan Allahyarham isterinya sebagai ‘Bidadari Syurga’ untuknya.

Pemergian Sarah Ada Hikmah Tersirat

 

“Sambil tengok live Shuib tadi hujan turun lebat dan ada pelangi.

“Pemergian Sarah ada hikmah yang tersirat,” tulisnya.

Menerusi Instatory Tokti, beliau juga berkongsi video kenangan Siti Sarah dan Shuib memberikan sokongan ketika Konsert Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung pada tahun 2019.

Terdahulu Dato’ Siti Nurhaliza pernah merakamkan lagu bersama dengan Allahyarham Siti Sarah yang bertajuk ‘Segalanya’. Semoga Tokti bertabah dengan pemergian arwah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.