Connect with us

Viral

[VIDEO] Hanya Kenal Online di Facebook, Pengantin Malu2 Pertama Kali Jumpa Akad Nikah

Jodoh dan pertemuan semua telah ditentukan olehNya, namun begitu kita juga turut disarankan untuk berusaha ke arah itu.

Kadangkala jodoh datang tanpa diduga, jodoh juga akan datang tepat pada masanya. Perjalanan hidup setiap orang berbeza-beza.

Bercinta selepas nikah

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita ini di laman Facebook Kecik Acuu mengenai kisahnya yang mencuri tumpuan ramai.

Wanita ini berkongsi momen indah dalam hidupnya apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka pilihannya biarpun tidak mengenali lelaki tersebut.

Jumpa kali pertama pada majlis nikah

“Assalammualaikum, 21/02/2021 A Date To Remember. A Sweet Ending To The Beginning Of Our New Journey. Alhamdulillah I’m Married To The Love Of My Life.”

“Our first date with “AKU TERIMA NIKAHNYA” Alhamdulillah. Ramai yang tanya macam mana aku kenal dengan dia. Aku kenal dia dari mana biarlah RAHSIA.”

Dia ajak nikah terus tak nak bertunang

“Masa awal-awal kenal terus dia ajak nikah siap cakap tak nak bertunang nak terus nikah je. Malas dah nak fikir pasal jodoh ni.”

“Fikir untuk bahagiakan diri sendiri dan keluarga aku terima dan bersetuju lamaran dia.”

Allah tunjukkan jalan dan dialah pilihan aku

“Malam tu juga aku buat solat istikharah minta Allah tunjukkan jalan dan minta pendapat kawan dan dialah yang menjadi pilihan aku.”

“Lepas tu kita orang terus bincang pasal next step proses untuk nikah macam mana. Sebab dia dekat perak aku dekat negeri sembilan.”

Aku bertawakal sahaja

“Masa ni aku tawakal je “Kalau dia betul-betul ikhlas dia akan terima aku seadanya.”

“Dan lepas isi borang nikah online, baru dia bagitahu mak dia minta tolong printkan borang nikah yang dah siap isi. Dia cakap nak nikah dengan aku.”

Mak dia pun terkejut tiba-tiba nak nikah

“Mak dia pun terkejut tiba-tiba je nak nikah sebab dia baru je seminggu naik darat balik dari belayar.”

“Bermula la kisah mak dia whatsapp aku tanya betul ke aku nak nikah dengan farris? Aku pun balas jawab, YE MAKCIK SAYA NAK NIKAH DENGAN FARRIS.”

Kena bagitahu mak ayah dia siapa diri aku dan status aku sebenar

“Tak habis dengan whatsapp mak dia “VIDEO CALL”aku tanya detail diri aku siapa yela tak pernah kenal aku pun selama ni tiba-tiba cakap nak nikah kan mak mana tak terkejut.”

“Sebab awal-awal lagi aku dah pesan macam mana pun dia kene bagitahu mak ayah dia siapa diri aku dan status aku sebenar.”

Aku tak nak tiada restu dan redha mak ayah

“Aku tak nak terjadi kalau takde restu dan redha mak ayah nanti tak bahagia.”

“Lepas semua dah ok esoknya tu mak dia call aku nak cakap dengan mak aku nak bincang bagitahu boleh ke kalau tak datang merisik bertunang semua tapi terus nikah.”

Hanya rancang dan kenal dari telefon

“Mak dia kata kene setuju dua belah pihak ni pinang anak orang bukan anak ikan boleh ambil macam tu je.”

“Dengan hanya kenal dan bincang melalui telefon selepas perbincangan kedua belah pihak antara mak aku dan mak dia setuju dengan keputusan yang kami rancang.”

Menantu tak kenal mertua, mertua tak kenal menantu

“Alhamdulillah, kedua-dua keluarga setuju walaupun masa tu keluarga masing-masing saling tak kenal. Aku pun tak kenal dia ni siapa sebenar.”

“Menantu tak kenal mertua. Mertua tak kenal menantu. Kalut la masa tu nak urus borang nikah untuk pengesahan pejabat agama dengan buat persiapan dalam masa yang singkat.

Tak sampai seminggu semua urusan siap

“Masa dalam tempoh tu memang takde halangan. Tak sampai seminggu semua urusan siap hanya tinggal tunggu masa untuk tarikh hari akad nikah je.

“Alhamdulillah bersyukur sangat Allah permudahkan semua urusan.”

Perasaan cinta belum ada, kenal-kenal terus ajak nikah

“Perasaan aku masa tu aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Tapi masa tu memang rasa cinta tu belum ada.”

“Kitaorang kenal pun macam tu je. Kenal-kenal terus ajak nikah. Lagipun aku memang tak nak sayang siapa-siapa selagi dia belum sah jadi suami aku.”


Belum kenal bakal suami tapi hati aku yakin dialah jodoh terbaik

“Takut terluka lagi. Nak pulih dari luka tu bukan senang. Jadi aku pilih untuk jaga hati sendiri.”

“Walaupun aku belum kenal bakal suami depan-depan tapi hati aku “YAKIN yang dialah “JODOH yang terbaik untuk aku yang Allah takdirkan.”

Aku yakin dia mampu bahagiakan aku lepas nikah

“Kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama. Aku yakin yang dia mampu bahagiakan aku lepas nikah.”

“Takde apa yang aku harapkan selain mendapat jodoh yang akan menjaga aku sebaik mungkin.”

Sekali lafaz jadilah dia kekasih halal untuk aku

“Kitaorang akad nikah di masjid masa tula kitaorang baru bertemu dengan kedua-dua keluarga sekali Saling kenal antara satu sama lain.”

“Alhamdulillah Penerimaan kedua-dua keluarga sangat baik. Maka dengan sekali lafaz jadilah dia kekasih yang halal untuk aku.”

Bercinta selepas nikah memang benar lebih indah

“Bila aku dah sah menjadi yang halal untuk dia, Allah hadirkan perasaan sayang masa tu aku dah mula rasa jatuh cinta dekat dia.”

“Bercinta selepas nikah itu memang benar lebih indah. InsyaAllah. Terima kasih awak kerana ikhlas terima diri saya seadanya.”

Terima kasih semua banyak bagi nasihat

“Terima kasih juga kepada semua yang banyak bagi nasihat dan bertungkus lumus untuk majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih bersusah payah untuk hari bahagia aku.

“Terutama abang ipar dan anak buah banyak membantu jadi orang kuat dari awal sampai habis majlis.”

Allah berikan kepahitan untuk rasakan kemanisan

“Okay cukup sampai sini je itulah kisah aku dan dia perkenalan yang singkat sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah Semuanya dipermudahkan.”

“Allah berikan kepahitan untuk merasakan kemanisan disaat ini. Jadi jangan putus asa.”

Allah akan hadirkan yang tepat dan terbaik untuk kita

“Bila sampai waktunya Allah pasti akan berikan dan Allah akan hadirkan dia yang tepat dan terbaik untuk kita. Yang paling penting jangan putus asa.”

“Jadikan itu sebagai pengalaman untuk mematangkan kita dalam membuat pilihan. Fokus pada apa yang lebih penting.”

Terima kasih suamiku terima saya seadanya dalam hidup awak

“Kita semua ada keistimewaan tersendiri dan dia yang betul-betul ikhlas untuk berada dalam hidup kita akan nampak semua keistimewaan yang kita ada tu.Cepat atau lambat Allah pasti akan berikan.”

“Buat SUAMIKU. Terima kasih sebab terima saya seadanya dalam hidup awak. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hubungan kita bina ini hingga ke jannah.”

Bercinta selepas nikah

Sementara itu, menerusi aplikasi TikTok, rakan wanita tersebut iaitu Aina Arisya turut berkongsi momen gembira rakannya itu.

@ainarisya7Repost video hari ahad. Alhamdulillah. Tahniah sahabat @nms1212 ##bercintalepasnikah so aku rasa macam nak mencuba ke next step plk. 5thn single ni 🙏♬ original sound – Ain Arisya776

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada pengantin tersebut dan mendoakan semoga pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.

Mereka turut kagum dengan kedua pasangan pengantin ini yang menerima pasangan mereka seadanya.

@ainarisya7Reply to @nms1212 part 2 both malu2 kucing. Pertemuan pertama mereka melalui AKU TERIMA NIKAHNYA. Happy for u♬ original sound – Ain Arisya776

Perkongsian video di aplikasi TikTok itu telah meraih hampir 400,000 ribu tontonan tidak sampai 24 jam video ini dimuat naik.

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.