Menerusi satu perkongsian oleh pengguna bernama Rynaa Ismail, satu video telah tular mengenai satu kejadian salah faham diantara seorang juruwang dan seorang pelanggan.
Difahamkan, hanya kerana tidak sengaja tercampak barangan terkeluar daripada plastik, seorang lelaki naik angin dengan menaampar seorang juruwang wanita yang hamil lima bulan dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.
Hanya kerana tercampak barang dari plastik
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.30 malam pada Ahad lalu ketika Nor Ain Shafinaz Nor Azman, 24, sedang memasukkan barangan yang dibeli salah seorang pelanggan wanita di situ.
Menurutnya, kekhilafan itu membuat pelanggan itu memaraahinya sebelum memaklumkan kepada suaminya yang berada di luar.
Suami wanita itu meluru ke arah saya sambil berleter
Insiden tersebut berlaku ketika pasar raya itu dalam proses menutup operasi hariannya dan terdapat beberapa pelanggan sedang beratur menunggu bagi melakukan transaksi pembelian.
“Selang beberapa minit, suami wanita itu meluru arah saya sambil berleter dan meminta berhenti sekiranya tidak ikhlas atau berminat untuk terus bekerja”.
Secara tiba-tiba lelaki itu
“Tidak cukup itu, lelaki itu kemudian secara tiba-tiba menamppar pipi kiri saya dan insiden itu disaksikan pelanggan lain,” lapor Kosmo hari ini.
Kongsi Nor Ain Shafinaz, dia yang trauuma dengan insiden itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja kira-kira pukul 11.30 malam.
Laporan polis dibuat kerana bimbang keselamata diri
“Laporan dibuat kerana bimbang dengan keselamatan diri jika lelaki itu mengulangi perbuatan sama terhadap saya,” ujarnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh dalam kenyataan hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan susspek lelaki berusia 38 tahun itu berjaya ditahan pukul 8.30 malam tadi di rumahnya di sekitar daerah ini.
Suspek ada empat rekod lampau
“Susspek bekerja sebagai pemandu lori ais batu dan semakan mendapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan daadah”.
“Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506,” jelasnya.
Video berdurasi 35 saat itu memaparkan kejadian juruwang dimaraahi dan ditammpar telah tular di Facebook dan mendapat perhatian ramai.