Connect with us

Viral

[VIDEO] Hanya Kerana Hon, Lelaki Ini Teruk Dibelasah Samseng

Hari ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki ditumbuk dan ditendang oleh seorang pembuli jalan raya.

Insiden itu dikongsi sendiri menerusi Facebook Ivy Lyenn yang mengaku merupakan isteri kepada mangsa yang dibelasah.

Menurutnya, dia kecewa dengan sikap pembuli jalan raya berkenaan walaupun suaminya sudah memohon maaf sebelum itu.

Hari ini saya betul-betul sedih nampak viral macam ini kes suami kena pukul depan anak 12 tahun. Kalaulah masa ni saya berada dalam kereta. Dengan motor tu sekali saya langgar. Tak payah hon bagi amaran bawa motor kurang ajar. Langgar terus je, jangan tunjuk samseng, terus mahu terajang orang suka hati! Kira untung la kau terjumpa sama husband saya. Kalau terjumpa sama sikap syaitan macam kau, sudah kau kena langgar.

Terima Kasih bantu saya rakam ini. Sebagai bukti kami nak saman orang ni, saman masa bantak terbuang urus sana sini, saman sakit. Saman malu!

Benda ni belum berakhir lagi, orang ni mengancam keluarga husband, (anak-anak, wife) tanpa sebarang kesalahan. Bantu saya share sehingga masalah ini, sekiranya keluarga kami berlaku apa-apa, orang ini yang melakukan!

Saya berharap polis mengambil tindakan. Manusia seperti ini harus pupus dalam dunia. Tiada guna pun hidup lama-lama kalau hormat menghormati tidak tahu menilai.

“Kami tidak melakukan seberang bincang luar! Saya tidak berhenti selagi pelaku ini tidak menerima tindakan!

“Kerana suami saya cedera tanpa seberang kesilapannya! Anak saya trauma dengan kejadian ini!”

Terbaru menerusi perkongsian oleh laman 1Sabah, lelaki tersebut telah diberkas pihak berkuasa.

“Berikutan kes seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun dikenali sebagai “Luncai” yang viral di media sosial kerana memukul seorang lelaki berumur 45 tahun telah ditangkap pihak polis.

“Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Hj.Majinji suspek telah ditangkap kemarin di kediamannya dan telah ditahan reman selama 7 hari bermula hari ini.

“Berdasarkan siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai sebanyak 16 rekod jenayah lampau sebelum ini.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.