Sejak semalam telah tular satu video di mana seorang warga emas yang berniaga di kaki lima telah dikasari oleh seorang lelaki.
Lelaki tersebut mendakwa dirinya seorang penguatkuasa undang-undang.
Ceritaaa sebenar.. PUNCA :RM5….Kalau betul pun awak tu #PENGUATKUASA #DBKL. PANTAS KE DIA DIPERLAKUKAN BEGITU..
YEE MUNGKIN DIA SALAH TAPII… XBOLEH CAKAP BAIK2 KE.. PAKCIK TU PUN AKU KENAL BUKAN JENIS BANYAK CAKAP.. .
yg konon mengaku tu.. #dbkl. #penguatkuasa.. KALAU BETUL TUNJUK LA KAD DBKL KE APE KE UNIFORM KE…dia ada kwan dkbl tu je.
Dia tak dapat pau pakcik tu rm5.. Kalau nk niaga situ bg rm5.. Tp pakcik tu xnk bagi.. Tu yg dia bkk silat td tuu.. Dia dok kol2 orang.
Smpaii 3 org dia call. Entah spa tah dia kol. Ckp. ‘bang2. Bawak LORRY… 3 kali dia call. Pastu tunjuk kat pakciK bangla yg menyaksikan kejadian dia cakap ape.. U tgok sy kol siapa. Penguat kuasa..
Org tu pun angguk kn jela.. Kol pun pakai call whatsapp. Haha.. Ramai org komplen dia ni suka pau orang.. Hari2 datang kacau . Mmg la pakcik tu slah. Tapi kalau betul kau tu penguatkuasa or dbkl..
Tangkap je la dia.. Dia pun x tunjuk ape2 kad.. Orang2 kotaraya kenal dia ni..Dia asyik cakap… Kau tahu aku siapa. Then pakcik tu jawab. Sapa? Apa?. Aku penguat kuasa. Kau tggu jap. Aku pggil lorry….
Pastu dia siap tendang box pakcik ni. Siap ludah….BOLEH DENGAR DENGAN JELAS DIA CAKAP DIA PENGUAT KUASA. KALAU BETUL. WAJAR KE.??
Walaubagaimanapun, terdapat netizen yang mempersoalkan kenapa hanya merakam dan tidak membantu pakcik tersebut.
KEPADA YANG TANYA KENAPA TAK TOLONG? And cuma merakam tu..
1, KITA DAH TOLONG SEBELUM AMBIK VIDEO NI LAGI DAH LERAIKAN TAPI DIA MASIH MELAWAN LAGI..SEBAB TU TERFIKIR NAK BUAT VIDEO. BIAR ORANG TAHU.. ADE YANG TARIK DORANG NI DARIPADA BERGADUH.. TAPI DITOLAK SAMPAI ADA YANG TERKENA PUKUL..
2. SEBAB DIA MENGAKU DIA DBKL LA PENGUATKUASA.. SO DEPA NI JADI TAKUT LA NAK MASUK CAMPUR. TAKUT KENE SAPU KAN ORANG TU KATA BAWAK LORRY..
3.SAYA PUN BARU TAHU SELEPAS DIAORANG NI BERGADUHHH YANG PAKCIK BAJU MERAH TU SUKA MENGACAUU ORANG..
4. KALAU KITA DAH TAHU SAPA DIA NI… SILAP2 DIA JADI SARDIN KENA TIBAI..
SEKIAN.
Lelaki tersebut didakwa bukanlan seorang penguatkuasa tetapi selalu membuat kacau di kawasan tersebut.