Pelakon cantik molek, Nelydia Senrose mengaku akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat apabila dia diraikan dalam majlis ‘bridal shower’ yang diadakan pada petang Ahad.
Nelydia Senrose baru saja membuat posting di Twitter mengakui dia sekarang sedang bersiap untuk memasuki alam perkahwinan.
“Yep. Im getting married!!!”
Menerusi satu lagi posting di Twitter, Nelydia memberitahu dia merasa berdebar untuk menghadiri majlis pertamanya itu.
“Hari ini adalah salah satu hari bermakna saya. Saya tidak pernah melalui perasaan seperti ini dalam hidup saya tapi ia sangat menggembirakan saya.
“Saya tidak sabar untuk melaluinya tapi sekarang saya nak mandi dulu,”
Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu dihadiri adik-beradik dan rakan-rakan perempuannya.
Di dalam perkongsian kakaknya di Instagram, pelakon Uqasha Senrose, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu kelihatan anggun dan berseri dengan mengayakan gaun berwarna putih.
Tetamu yang diundang hadir pula dilihat memakai baju berwarna oren dan merah jambu.
Majlis bertajuk Nelydia Senrose last fling before the ring! itu juga menggunakan hashtag #myotherhafeznel.
Sebelum ini, Nelydia Senrose yang baharu pulang menunaikan umrah itu menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya pada tahun ini.
Nelydia Senrose memberitahu salah satu doa ketika menunaikan umrah di Makkah baru-baru ini adalah dipermudahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga.
Nelydia Senrose berkata, dia berdoa agar diberi petunjuk dalam setiap keputusan yang bakal diambil untuk berkahwin pada tahun ini.
“Kalau doa saya dimakbulkan Insya-Allah saya ingin berkahwin tahun ini, saya berdoa agar dipermudahkan urusan tersebut kalau ia betul dan kalau bukan jodoh juga saya minta dipermudahkan.
“Selepas balik ini pun masih berdoa diberikan petunjuk itu,”
Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun 2018.