Connect with us

Viral

[VIDEO] Hidap Penyakit Ganjil Tidur Setahun, Anak Istimewa Ini Akhirnya Meninggal Dunia

Kisah sedih mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Shaka telah tular di media sosial.

Difahamkan, Shaka tertidur selama setahun sejak Julai tahun lalu. Akhirnya kanak-kanak ini dilaporkan menghembuskan nafasnya terakhirnya semalam.

Tertidur sejak berusia lapan bulan dan tidak pernah bangun 

Menerusi laporan Liputan6, kanak-kanak berkenaan dilaporkan sudah tertidur sejak usianya memasuki lapan bulan dan tidak pernah bangun selepas itu.

Khabar duka itu diterima daripada laman TikTok milik bayi berkenaan, @shaka_17 yang dimuat naik dengan kapsyen “Selamat jalan, surga menantimu nak.“

Selamat jalan, syurga menantimu nak

https://www.tiktok.com/@shaka_17/video/6881147514121178369?referer_url=https%3A%2F%2Fhot.liputan6.com%2F&referer_video_id=6881147514121178369

Shaka menghidap sindrom Sleeping Beauty

Menurut laporan, Shaka menghidap sindrom ‘Sleeping Beauty’ dimana merupakan gangguan neurologi yang menyebabkan penghidapnya mengalami tidur dalam jangka masa lama.

Dikhabarkan, sepanjang tempoh setahun itu Shaka dikhabarkan tidak pernah sekalipun bangun atau membuka matanya sehingga meninggal dunia pada usia 18 bulan.

Dia masih mampu makan dan minum apabila disuap ibunya

Walaupun dia sentiasa tidur dan tidak melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain, dia masih mampu makan dan minum apabila disuap oleh ibunya biarpun tidak terjaga atau membuka mata.

Sebelum ini kisah Shaka tular dalam kalangan netizen Indonesia kerana mengalami penyakit ganjil yang mengakibatkan dia tertidur selama setahun.

Rata-rata netizen turut sebak dengan berita ini dan ada diantara mereka sempat meninggalkan ucapan semangat untuk kedua ibu bapanya.

Salam takziah diucapkan kepada kedua ibu bapa kanak-kanak ini dan semoga mereka tabah menghadapi ujian yang besar ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.