Connect with us

Viral

[VIDEO] “Huiyo ayah dapat Vivo!!” Reaksi Ayah ‘Excited’ Dapat Hadiah Telefon Pintar Tarik Perhatian Netizen

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, begitulah ungkapan menunjukkan betapa besarnya kasih sayang ibu-bapa kepada anak-anak.

Satu kisah yang dikongsikan tular di sosial media ini mengundang sebak apabila anak-anak membuat kejutan buat ayah tercinta.

Kejutan buat ayah tercinta 

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang gadis di laman Twitternya, Sffiyaa berkongsi video kejutan untuk ayah tercinta sempena hari lahirnya.

Ayah mana yang tidak gembira jika diberi hadiah dan tambahan pula apabila menerima kejutan paling istimewa daripada anak-anak.

Riak kegembiraan jelas pada wajah si ayah

Video tersebut jelas menunjukkan riak wajah kegembiraan pada wajah pakcik ini setelah menerima hadiah istimewa daripada anak-anaknya.

Pastinya pelbagai perasaan bercampur, ye lah ini merupakan pertama kali beliau bakal menggunakan smartphone setelah 53 tahun.

Telefon pintar pertama buat ayah

“Saja nak tunjuk, tadi kami surprise ayah. Hoho abang aku belanja phone, his first ever smartphones Happy 53rd birthday ayah”.

Ramai yang berkongsi momen indah mereka bersama ibu-bapa tercinta

Twitter tersebut telah mendapat perhatian dan ramai yag berkongsi momen indah mereka menyambut ulang tahun kelahiran ibu-bapa mereka.

“Last year,abg saya pun ada belanja phone untuk my parents sempena anniversary dieorang”.

“Look at the happy face, setiap tahun sambut and Lepas ni mesti kitaorang sibling tak tahu nak buat apa bila time anniversary our parents sebab my mom baru pass away n im very miss her so much”

Hargai jasa dan pengorbanan ibu-bapa

Sebagai anak, kita seharusnya sentiasa membalas jasa kita kepada mereka tetapi bukan wang ringgit yang mereka minta cuba hanya perhatian yang lebih untuk mereka.

Video ini telah menyentuh perasaan ramai orang dan ada juga diantara mereka turut berkongsi detik gembira bersama ibu bapa mereka juga.

Buat semua yang masih mempunyai ibu-bapa, semoga kita sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan mereka sepanjang masa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.