Statistik kes kemalangan pada setiap hari membimbangkan walaupun ketika PKP, PKPB, PKPP atau PKPD.
Terbaru, tular satu rakaman video dashcam menunjukkan sebuah Proton Wira dilanggar oleh sebuah Toyota Yaris.
Insiden tersebut telah menyebabkan bahagian kanan hadapan kereta Proton Wira tersebut hancur teruk.
Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila di dalam kereta tersebut ada seorang penumpang wanita yang sedang mengandung.
Mangsa wanita yang terlibat dalam kemalangan semalam telah berkongsi pengalamannya.
Menurutnya, semasa kejadian berlaku dia dan suaminya dalam perjalanan pulang dari Hospital Kuala Lumpur setelah selesai membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan yang sudah berusia 7 bulan.
Dengan tiba-tiba ada kereta Toyota Yaris dipandu dengan laju dari arah bertentangan sehingga masuk ke dalam laluan pasangan suami isteri ini lalu menyebabkan kedua-dua merempuh antara satu sama lain.
Kesan daripada insiden tersebut telah mengakibatkan pemandu Proton Wira mengalami kecederaan di kepala dan kemungkinan kakinya retak, manakala mangsa wanita mendapat dua jahitan di bahagian kepala.
Wanita tersebut perlu membuat pemeriksaan dengan doktor pakar untuk memeriksa kandungan mereka kerana takut uri tercabut akibat hentaman yang dahsyat semasa kemalangan tersebut berlaku.
Walau bagaimanapun, Mangsa wanita itu sempat berpesan biarpun ketika waktu kejadian mereka memandu pada kadar yang sepatutnya, namun masih ada segelintir pemandu yang mengabaikan keselamatan diri sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Biarpun begitu, rata-rata netizen mendoakan supaya tidak berlaku apa-apa yang serius terhadap mangsa.
Video tular di media sosial
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet kesal dengan apa yang berlaku terutamanya kecuaian pemandu Toyota Yaris tersebut.
Ramai yang mahu lesen pemandu tersebut digantung kerana terbukti membahayakan nyawa orang lain.
“Orang camni membahayakan nyawa orang lain atas jalan raya! Tarik lesen dia.” komen salah seorang warganet.
“Memotong di selekoh.. ini orang patut digantung lesen seumur hidup.” komen salah seorang warganet.
Malah., ada juga yang berkongsikan pengalaman ketika melalui jalan yang sama kejadian itu berlaku.
“Dulu masa mengajar kat Kuala Kubu baru berulang dr KL…ikut jalan shortcut ulu yam ni..macam² perangai yang bawak kreta.
“Bawak kereta yang biasa yang sistem satu apa pun tak ada..bukan nak memperlekehkn.. tidak, tapi kenal pastilah kemampuan kenderaan anda.
“Jalan lama ulu yam/batang kali…tempat bersemadi nyer member aku pakai Wira turbo tahun 2008. Hati hati di jalan raya. Pandu cermat.” komen salah seorang warganet.
Sama-sama kita menjaga keselamatan di atas jalan raya, jangan disebabkan kecuaikan kita, nyawa orang lain tergadai.
Amalkan juga sikap bertolak-ansur agar tiada perselisihan faham di atas jalan raya.