Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan memang tidak dapat dinafikan ramai merindui keluarga yang telah lama berjauhan sejak beberapa bulan ini.
Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah apabila melihat seorang anak kecil yang merindui ibunya yang tinggal jauh dari anak kecil ini.
Kanak-kanak ini menangis kerana merindui ibunya
Menerusi kisah yang dikongsikan oleh Afiqqah Sani di akaun Facebook, wanita itu berkongsi reaksi seorang kanak-kanak yang menangis kerana merindui ibunya.
Difahamkan, si kecil berkenaan baru berusia dua tahun setengah dan dikatakan sudah dua bulan tidak bertemu dengan ibunya sendiri.
Kami PJJ bukan suka-suka nak mohon rentas negeri
“Wahai yang berada di atas sana. Kami yang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) ni bukan suka-suka nak mohon rentas negeri.”
“Bukan asbab kepentingan diri kami iaitu ibu dan bapa tapi lebih kepada kasihkan anak-anak.”
Ebu, ebu pergi mana
“Walaupun anak ini baru dua tahun setengah, tapi dia juga faham erti rindu. Tidurnya dalam tangisan.”
“Bahkan bukan itu sahaja, kanak-kanak ini akan mengelak daripada melihat wajah ibunya sendiri setiap kali diajak membuat panggilan video.”
“Tambahnya lagi, tangisan Muhammad makin kuat kerana tidak dapat berjumpa ibunya. Video call tak sama dengan sentuhan fizikal. Peluk cium ibu dan ayah.”
Kalau video call, anak ini mengelak tengok wajah ibunya
“Kalau video call pun, anak ini akan mengelak dari tengok wajah ibunya. Hampir dua bulan anak ini tidak berjumpa dengan ibunya.”
“Dan hari ini semakin kuat tangisannya. Boleh bayangkan tak beban emosi yang ditanggung oleh mereka yang PJJ.”
“Faham niat baik pihak di atas. Semuanya untuk kebaikan rakyat. Tapi mungkin boleh perhalusi kembali terma dan syarat untuk pasangan PJJ seperti kami.”
Kami tak pinta untuk menjadi pasangan PJJ
“Saya juga faham, ramai lagi pasangan yang punya masalah lebih besar, yang lebih lama tak jumpa keluarga masing-masing.”
“Mohon maaf andai ada antara anda tidak berpuas hati dengan pasangan PJJ.”
Janganlah disalahguna kebenaran rentas untuk PJJ
“Kenapa PJJ boleh rentas, anda pula tak boleh balik kampung, tak boleh jumpa mak ayah
Kami mohon maaf, ikhlas dari hati.”
“Bagi yang PJJ, andai suatu masa diberikan rezeki untuk kita rentas, jangan lah disalahguna.”
“Coretan ini sekadar sedikit yang kami lalui. Selebihnya tidak terluah, tak tertulis, tak terkongsi. Doakan kami semua tabah untuk mengharungi hari-hari seterusnya.”
Harap rentas negeri boleh diperhalusi
Walaubagaimanapun, dia sendiri mengetahui bahawa prosedur yang sedia ada ini adalah untuk kebaikan rakyat.
Namun Afiqqah mengharap agar terma dan syarat rentas negeri diperhalusi untuk pasangan PJJ seperti mereka.
Doakan kami semua tanah harungi hari seterusnya
“Doakan kami semua tabah untuk mengharungi hari-hari seterusnya. Alhamdulillah 9 tahun PJJ.”
BACA: [VIDEO] “Rindunya pipi debab” Hanya 11 Bulan ‘Dipinjamkan’ di Dunia, Anak ‘Pergi’ Kerana Jatuh Tingkap,
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan mendoakan agar adik Muhammad dapat bertemu dengan ibunya.