Telatah anak kecil ada kalanya mencuit hati kita sebagai orang dewasa oleh kerana gelagat mereka yang lucu dan sentiasa mempunyai sifat ingin tahu.
Sifat itu merupakan sifat proses kematangan bagi kanak-kanak yang ingin membesar.
Tambahan pula, kanak-kanak masa kini gemar bermain dengan gajet mereka. Contohnya seperti telefon pintar.
Kebanyakkan kanak-kanak akan menghabiskan masa bersama telefon mereka dan ada juga yang sering mengambil gambar dan video lucu seakan-akan seorang Youtuber kerana terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di sekitar mereka.
Terbaharu, muncul satu video tular di Tiktok tentang seorang ibu yang berkongsi kisah ketika telatah comel anaknya sedang merakam video sendiri sambil berbual dengan kamera.
Namun ia menjadi seram apabila si ibu ternampak kelibat misteri muncul pada pantulan cermin yang dirakam kamera.
Wanita itu mendakwa dia telah ke tandas, meninggalkan anaknya seorang diri manakala kanak-kanak berkenaan sedang bermain telefon.
Anak kecil itu dilihat sedang bercakap sendiri, namun ibunya juga tidak dapat mentafsirkan apa yang sedang dituturkannya.
Sebaik sahaja si ibu melihat video berkenaan, dia mendapati terdapat satu penampakan misteri di dalam cermin di belakang kanak-kanak itu yang kemudiannya menghilang
Video tersebut telah mendapat jutaan tontonan dengan lebih 268 ribu like di laman Tiktok.
Ramai yang berasa seram ketika menonton video berkenaan, ada yang mendakwa mereka terlihat wanita berambut pendek dan ada juga yang mendakwa kelibat itu seakan mempunyai wajah yang rata.
Terdapat banyak komen netizen yang menyeramkan sehingga ada yang berasa seram sejuk ketika melihat video tersebut.
“Di cermin seperti ada perempuan”
“Kalau diperhatikan oang dicermin itu seperti dekat sangat dengan cermin padahal tak ada orang dekat cermin”
“Kalau dekat cermin tu ibunya, tak mungkin bayangannya akan sedekat itu dan jaraknya pasti jauh, harus betul2 di depan cemin”
Video tular di Tiktok
Sebelum ini pernah tular juga di Tiktok, kisah seorang kanak-kanak yang dikatakan menyapa teman misteri nya.
Affan merupakan kanak-kanak kecil yang terbuka hijabnya, dan kerap bercakap seorang diri.
Menurut Amelia, perkongsian video-video pendek akan sikap anaknya itu bukan lah pengalaman baru untuknya.
Segalanya bermula pada dua tahun lepas, ketika dia mengandungkan Affan sewaktu di United Kingdom (UK).
“Cerita bermula ketika saya mengandungkan Affan. Ketika kandungan berusia tiga hingga empat bulan, saya kerap bermimpikan seorang kanak-kanak perempuan. Waktu itu, saya dah habis belajar, dan hanya menemankan suami di sana.
“Waktu tu, saya ingat saya hamil anak perempuan. Selain tu, saya juga turut bermimpikan seorang nenek tua datang pegang perut. Suami juga mengatakan saya meracau ketika tidur.
“Tahun lepas balik malaysia, keadaan Affan semakin teruk. Dan dia pon dah pandai cakap sikit-sikit. Kat UK tak adalah teruk sangat. Sebab dia masih kecil,” katanya lagi.
Menurut ibu Affan, anaknya seolah-olah terbuka hijab. Berikutan dia menyapa entiti misteri yang tidak boleh dilihat mata kasar manusia.
“Sejak setahun lepas, Affan mula tegur tegur sendirian waktu malam. Malahan main tarik selimut seorang diri pada pukul 12 malam.
“Bila saya baca ayat al-quran, terus Affan kata bye. Dia tunjuk ke arah penjuru.
“Ada satu masa, kami sewa di sebuah apartment, Affan tegur sesuatu di tingkap pada waktu magrib. Esoknya terus dia demam,” tambahnya lagi.
Amelia menyatakan bahawa dia mengalami demam panas, seminggu selepas melahirkan Affan dan pengsan. Dia dikejarkan ke hospital.
Menurut suami Amelia, ketika di hospital, dia seolah-olah mempunyai tenaga luar biasa dan mengamuk dalam keadaan tidak sedarkan diri. Meski pun begitu, Amelia langsung tidak dapat mengingati apa-apa berkaitan peristiwa tersebut.
Ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun itu turut membawa Affan berjumpa ustaz. Malahan, apabila kanak-kanak tersebut dibawa berubat, pengamal perubatan tradisional turut menyatakan bahawa terdapat ganguan makhluk halus serta benda tersebut sudah lama mengikut Affan.
Menurut ibu Affan lagi, kini ganguan semakin kurang. Sungguh pun anaknya memerlukan masa untuk pulih, dia sangat bersyukur kerana setidaknya, Affan boleh jadi seperti kanak-kanak lain.
Kakak! “Affan takut kakak”
Amelia menegaskan bahawa perkongsian ini sekadar untuk berkongsi kisah yang dialami keluarganya. Bukan untuk meraih populariti.
Antara video seram tular yang merakamkan aksi Affan seolah-olah menegur entiti misteri mendapat tontonan sebanyak 120,000 orang. Malahan, ada juga video Affan yang lain, menerima lebih 1.2 juta tontonan.
Video Affan yang tular
Pesanan ringkas kepada ibu-bapa diluar sana, janganlah membiarkan anak kecil anda bermain seorang diri kerana ia bukan sahaja bahaya secara fizikal namun ia juga boleh mendorong kepada gangguan makhluk halus.