Besar pengorbanan seorang ibu yang menyayangi dan mengasihi anak-anak. Kisah ini mengenai seorang ibu yang cuba untuk menyelamatkan anaknya dari kebakaran.
Ibu jatuhkan anak untuk selamatkannya dari kebakaran
Anak lelaki yang berusia tiga tahun itu dijatuhkan oleh ibunya dari sebuah bangunan yang terbakar dan disambut oleh seorang lelaki.
Lelaki berkenaan adalah seorang bekas tentera laut Amerika Syarikat yang telah bersara dan secara kebetulan berada disitu.
Menurut Philip Blanks, dia sedang melawat rakannya semasa dia terdengar bunyi keriuhan dari luar bangunan apartment di Arizona dan memeriksa kehadiran bunyi tersebut.
Philip berjaya sambut kanak-kanak itu dalam pangkuannya
Ketika kejadian, dia mendapati bahawa sebuah apartmen jiran terbakar dan melihat seorang wanita yang seakan terdesak bersama anaknya di pangkuan.
Kemudian, wanita tersebut telah menjatuhkan anaknya itu dari tepi dan keajaiban berlaku apabila Philip berjaya menyambut anak lelaki itu ke dalam pangkuannya.
Ibu itu kembali kedalam untuk selamatkan anak perempuannya pula
Menerusi perkongsian di laman Twitter, video kejadian itu telah dirakam dan memperlihatkan kanak-kanak tersebut jatuh ke tanah sebelum dapat ditangkap oleh Philip.
Saksi mengatakan bahawa wanita yang menjadi mangsa kebakaran tersebut tidak cuba untuk menyelamatkan dirinya dahulu namun sebaliknya bergegas masuk semula ke dalam apartmen untuk mencari anak perempuannya yang berusia lapan tahun.
Anak perempuannya juga selamat dan ibu tadi disahkan maut
“Saya hanya melakukan yang terbaik. Kepalanya mendarat dengan sempurna di siku saya,” kata Philip.
Apa yang menyedihkan, ibu dua anak tersebut ditemui maut ketika bomba bergegas untuk menyelamatkannya di dalam apartment itu.
Ibu itu adalah hero sebenar
Difahamkan, anak lelakinya pula dibawa ke hospital dan anak perempuannya menjalani lapan pembedahan.
“Dia merupakan hero yang sebenar kerana dia melakukan pengorbanan yang besar untuk menyelamatkan anak-anaknya,” ujar Philip.