Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Ibu Tunggal Jadi Suri Hati, Issey Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

Issey Fazlisham atau lebih mesra dikenali sebagai Issey yang juga merupakan seorang pelawan dan penyampai radio sah bergelar suami.

Pada pagi ini, penyampai radio Suria Fm itu telah selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pasangannya Noor Aimi Jamel.

Detik indah pernikahan Issey dan Aimi

Satu video detik-detik indah pernikahan Issey dan isteri yang telah dikongsikan oleh Ain Awok menerusi lama sosial Instagram miliknya.

Issey pilih ibu tunggal jadi suri hatinya

Pelawak yang dikenali ramai itu telah memilih seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak itu sebagai suri hatinya.

Sementara itu, Issey juga sempat berkongsi beberapa keping gambar sepanjang majlis pernikahan beliau.

Kenalan sejak dibangku sekolah lagi

Issey telah menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita yang telah dikenalinya sejak dari bangku sekolah lagi.

“Kenal masa sekolah menengah. Form 1. Aku pernah naik basikal lalu depan rumah dia. Semata mata nak usha dari jauh”.

“Ada 3,4 kali jugak la aku buat. Sampai la dia perasan, terus aku tak buat dah. Tu cerita dulu”.

Kita sama-sama cuba yang terbaik

“Alhamdulillah. Masing masing pernah ada pengalaman berkahwin. Aku mungkin tak sama seperti arwah suami mung yang dulu”.

“Tapi insyallah. Aku cuba yang terbaik. Kita sama sama jaga perhubungan ini”.

Majlis diakan di Calamaya Garden, Kota Bharu Kelantan

Majlis telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Calamaya Garden, Kota Bharu Kelantan.

Kemeriahan majlis ditambah dengan kehadiran keluarga kedua mempelai di samping kehadiran sahabat handai dan saudara mara kedua belah pihak.

 Issey telah memberi sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran kepada pihak pengantin perempuan sebagai mas kahwin.

Kedua-dua mempelai anggun mengenakan busana berwarna putih dan mereka telah dinikah oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim.

Masing-masing mempunyai pengalaman berkahwin

Sebelum ini, penyampai radio itu pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita dari Kelantan namun perhubungan mereka tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Manakala Aimi pula sudah dua tahun kematian suami dan memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai dan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan ke anak cucu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.