Sudah menjadi tanggungjawab bagi pemandu yang memandu kenderaan di atas lebuh raya untuk membayar tol mengikut jarak yang dilalui.
Walaubagaimanapun masih terdapat juga sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.
Melalui satu perkongsian muat naik rakaman video yang tular baru-baru ini, sebuah kereta Honda Jazz berwarna merah didakwa tidak membayar tol ketika melalui sebuah plaza tol lebuh raya.
Menerusi rakaman tersebut, Honda Jazz berkenaan dilihat mengekori rapat sebuah kenderaan di hadapannya yang sedang melalui plaza tol yang sama.
Namun begitu, percubaannya untuk melepaskan diri daripada membayar tol itu gagal apabila kenderaan dihadapannya tidak bergerak dan menutup laluan.
Akibatnya berlaku sedikit pelanggaraan dan pemandu Honda Jazz merah berkenaan mengundurkan keretanya untuk memasuki laluan sebelah.
Pengguna Facebook Shazmie Ilias dipercayai merupakan pemilik kenderaan yang dilanggarr telah memuat naik posting ditujukan khas buat pemandu Honda Jazz berkenaan.
Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa orang pengguna Facebook cuba mendedahkan identiti disebalik plat nombor Honda Jazz merah berkenaan.
Walaubagaimanapun, kemaskini terbaru Shazmie menyatakan pemilik Honda Jazz tersebut telah menghubunginya pagi tadi untuk berjumpa dengannya.
“Owner dah hubungi saya untuk berjumpa”
Semoga perkara ini dijadikan pengajaran dan tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.