Connect with us

Semasa

[VIDEO] Ingat Anak Ajak Buat Video TikTok, Rupanya 9 Beradik ‘Prank’ Mak Ayah Sendiri

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, penggunaan aplikasi TikTok nampaknya terus menjadi kegilaan ramai orang di seluruh dunia. Tidak kira terdiri daripada orang muda mahupun tua, kebanyakan pengguna boleh dikatakan agak ketagih untuk mengikuti trend serta challenge yang diwujudkan daripada aplikasi berkenaan. Bukan sekadar hiburan untuk diri sendiri, malahan teknologi berkenaan menjadi pengikat ukhuwah dengan ahli […]

Penggunaan aplikasi TikTok nampaknya terus menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Kalau di Malaysia ni, kebanyakan budak sekolah pasti mempunyai akaun Tik Tok dan mereka akan memuatnaik pelbagai video setiap hari.

Antara yang menjadi trending di Tik Tok adalah dengan melakukan challenge seperti menari ataupun menyanyi.

Challenge terbaru yang menjadi ikutan di Tik Tok adalah Snake Dance Challenge yang bertujuan menyakat kawan-kawan ataupun ahli keluarga.

BACA: “Adik sayang sangat papa” Ucapan Terakhir Anak Buat Bapa Sebelum ‘Pergi’ Menghadap Ilahi

Challenge ini sebenarnya sudah menjadi ikutan ramai bermula sejak beberapa bulan yang lepas.

Konsep asal challenge ini mudah sahaja, mereka akan duduk di bahagian tangga secara bertingkat sebelum menggerakkan kepala ke kiri dan kanan mengikut iringan lagu seperti gerakan ular.

Ingat buat video Challenge TikTok rupanya kena ‘Prank’

Walaubagaimanapun, ada juga yang menjadikan challenge ini sebagai prank dengan membiarkan orang yang berada di kedudukan hadapan sekali saja menggoyangkan kepala sendirian dan rakan-rakan yang lain hanya mendiamkan diri.

Menerusi Twitter, satu video menjadi tular dan perhatian netizen apabila sepasang ibu bapa dikenakan oleh 9 orang anak mereka.

Pada mulanya mereka diberitahu akan membuat video challenge Snake Head dan apabila muzik dimainkan, kedua-dua ibu bapa itu kelihatan bersungguh menggoyangkan kepala.

Namun tanpa disedari mereka telah menjadi bahan ketawa anak-anak yang menghilangkan diri dan membiarkan mereka berdua menggoyangkan kepala.

Video kelakar itu ternyata menggamit perhatian amai hinggakan itu sudah meraih lebih sejuta tontonan di Twitter.

BACA: “Betapa lovely kekasih awk” Isteri Dedah Gambar Awek ‘Free Hair’ PU Abu

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan meninggalkan komen merasa kasihan dengan dua orang tua tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.