Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sudah menjadi adat dalam kehidupan berumah tangga, kadang kala pastinya ada isu yang membuat pertelingkahan.
Namun begitu, sikap amarah seharusnya dikawal agar tidak menyesal di kemudian hari.
Seperti apa yang dilalui pasangan suami isteri ini, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki dirakam sedang naik angin dengan merosakkan peralatan memasak di rumahnya.
Insiden itu difahamkan terjadi apabila lelaki berkenaan yang baru pulang dari kerja kecewa isterinya tidak menyediakan makanan.
Malah lebih membuatkannya bengang bila mendapat tahu isterinya sedang sibuk berzumba bersama rakan-rakannya.
“Saat suami pulang kerja di rumah tidak ada makanan, ternyata istrinya sedang senam. Akhirnya dia marahdan merusaksemua peralatan masak yang ada di dapur.”
Rata-rata netizen geli hati dengan video tersebut dan meninggalkan komen agar si suami bersabar.
“Beruntung isteri yg Hanya dduk di rumah suami keluar cri rzki. Kkdg llki x mtk byk.. Jg mkn Minum pn jdik la. Rumah berselepah tu dorg ttp mata aje.
“Sy sndiri pn klu penat2 blk kje.. Blk anak2 x tgl apa pun utk di mkn @ mkn x ingt kita pn blh angin. Mklm aje kdg kita kat luar sehari suntuk kje pn ikat perut utk org di rumah.. Org di rumah pndai2 la hargai pengorbanan kita yg keluar mencari rzki ni.”
“Kalau xmasak bgtaulah suami. Xdela penat2 balik keje lapar xde mknn. Lagi2 yg suri rumah kalau penat urus rumah xpe bgtau je dulu kalau xmasak.
“Sekurangnya suami tau. Klau isteri dah masak cuma tak hidangkan tu melampau lah kalau marah mcm tu.
“Angkat pinggan sendiri amik nasi n lauk xsusah pun xlumpuh pun tangan tu. Isteri pun klau nk keluar rumah berzumba ke jogging minta izin or bgtau lah suami dulu. Pape pun mengaibkan pasangan depan orang lain tetap salah.”
Malah ada juga yang mengingatkan para suami di mana isterinya bersenam untuk menjadi cantik khas buat suaminya.