Hari demi hari peningkatan kes Covid-19 menyaksikan beberapa figura politik negara termasuklah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz disahkan positif wabak itu pada Isnin baru-baru ini.
Pada hari selasa pula, isteri kepada Ahli Parlimen Padang Renggas itu, Datin Seri Haflin Nazri Aziz memaklumkan bahawa dirinya positif Covid-19.
Datin Seri Haflin kuarantin kendiri di sebuah villa di Bachok
Selain itu, anak lelaki mereka yang berusia empat tahun dan seorang pembantu turut disahkan positif Covid-19 pada tengah hari Selasa.
Memetik laporan mStar, Haflin mendedahkan dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di sebuah villa miliknya di Kandis, Bachok, Kelantan.
Saya, anak dan pembantu jalani kuarantin selama 10 hari
“Saya baik-baik saja, sedang jalani kuarantin di rumah. Saya, anak dan pembantu dijangkiti Covid-19 tahap 1 dan akan menjalani kuarantin selama 10 hari”.
“Saya perhatikan, anak pun tak alami demam atau batuk-batuk. Saya pastikan dia kekal aktif dan bagi vitamin, minum banyak air dan buah-buahan”.
Saya yang bawa Datuk Seri Nazri ke hospital
“Saya yang bawa Datuk Seri (Nazri) ke hopsital pada malam tiga hari lepas. Saya cuba buat saringan, hubungi semua hospital di Kota Bharu tapi hari dah malam”.
“Jadi saya perlu tunggu sehinga esok pagi. Semua pembantu, pemandu saya bawa sekali buat saringan. Tengah hari Selasa saya disahkan positif,” ujarnya.
Datuk Seri Nazri menunjukkan perkembangan yang bagus
Menurut Haflin lagi, dia sendiri yang menjemput Nazri dari lapangan terbang sejurus dia kembali dari ibu negara baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, keadaan Nazri juga menunjukkan perkembangan yang bagus dan mereka baru sahaja berhubung melalui panggilan telefon pada Rabu pagi.
Sudah tentu saya dijangkiti daripada Datuk
“Baru bercakap pagi tadi. Datuk Seri puji Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu. Memang first class katanya”.
“Sudah tentu saya dijangkiti daripada Datuk Seri sebab saya bersamanya sejak dia pulang. Lepas habis sidang media, Datuk Seri balik ke Kota Bharu”.
Saya dan staff kuarantin dalam villa yang ditutup kepada orang ramai
“Saya melihat perkara ini sebagai satu hikmah. Jadi saya dengan staff kuarantin dalam kawasan villa yang dah ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”.
“Sebelum tahu kena Covid-19, saya sempat berkuda di tepi pantai, buat aktiviti bersenam”.
Kakitangan negatif kuarantin dalam bilik masing-masing
“Syukur kawasan ini agak luas, jadi kakitangan yang negatif pun dapat kuarantin dalam bilik masing-masing,” ujarnya.
Pada pada itu, Haflin sempat menitipkan pesanan buat masyarakat di luar sana agar kekal aktif sepanjang tempoh PKP demi memastikan kesihatan diri terpelihara.
Dalam apapun situasi, kita kekal sihat dan aktif
“Walau apapun situasi, penting untuk kita kekal sihat dan aktif. Walaupun duduk di rumah, boleh buka YouTube dan buat senaman”.
“Perlu minum banyak air, elakkan makanan berminyak dan sebagainya. Badan kita kena sentiasa aktif,” ujarnya lagi.
Difahamkan sebelum ini, Nazri memaklumkan dia menjalani ujian saringan selepas mendapati dirinya merupakan kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19 yang menghadiri sidang akhbarnya pada 12 Januari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan supaya mereka sekeluarga kembali sembuh.