Connect with us

Viral

[VIDEO] Isteri Maut Dilanggar, Lelaki Nekad Berpaut Pada Lori Lebih 30KM Cuba Tahan Pemandu

Seorang lelaki bertindak untuk berpaut pada sebuah lori lebih 19 batu setelah pemandu lori tersebut melanggar isterinya sehingga mati sebelum terus memecut di sepanjang lebuh raya.

Lelaki dan isterinya itu menaiki motosikal yang baru sahaja dibeli dua bulan lalu, mereka dilanggar dari belakang di lebuh raya BR-101 di Brazil Selatan.

Menerusi laporan The Sun, kejadian itu memperlihatkan isteri lelaki itu terkorban, namun dia secara ‘ajaibnya’ berjaya memanjat ke pintu sisi kabin trak untuk berhadapan dengan pemandu.

Pemandu lori itu enggan berhenti seperti yang disuruh lelaki itu dan hanya melakukannya setelah berlaku campur tangan oleh orang lain.

Pemandu lori berusia 36 tahun itu disyaki berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian yang berlaku pada 7 Mac lalu itu.

Rakaman yang mengejutkan menyaksikan dia tidak berbaju dan diseret keluar dari lori.

Penduduk tempatan kemudian menangkap pemandu itu dan dijangka akan didakwa atas tuduhan membunuh.

Mangsa lelaki yang cedera dibawa ke Hospital Perbandaran Ruth Cardoso dan kini sudah pulih.

Isteri kesayangannya diterbangkan ke hospital melalui helikopter tetapi kemudian meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.