Jodoh, pertemuan di tangan tuhan dan sememangnya cinta itu tidak mengenal usia. Tiada manusia yang dapat menduga apakah perjalanan hidupnya selepas ini kerana itu semua adalah rahsia Allah SWT.
Tular di media sosial Tiktok apabila seorang jejaka telah memuat naik video perjalanan hidupnya dari zaman sekolah sehingga kini bersama isteri tersayang. Video tersebut tidak dijangka tular kerana menurutnya dia hanya mengikuti trend semasa sahaja.
Jejaka tersebut memaklumkan dahulu dia merupakan seorang pelajar yang kerap mengambil gambar bersama seorang guru wanita di sekolahnya.
Namun, ia telah mengejutkan netizen kerana ternyata isterinya adalah guru tersebut yang mengajarnya pada tahun 2016.
Isteriku Guruku
‘Isteriku Guruku’ itu adalah kapsyen ringkas daripadanya yang menarik perhatian netizen.
Katanya, mereka sering keluar bersama selepas tamat waktu persekolahan dengan rkaan-rakan yang lain, namun pada sekitar tahun 2018 dia telah memberanikan diri mengajak gurunya itu untuk keluar janji temu .
Pada tahun 2020, akhirnya mereka berdua telah sah bergelar suami isteri.
“Alhamdullilah kawin dengan cikgu sendiri”
Menurutnya jejaka itu, perbezaan usia dia dan isterinya adalah 25 tahun dan hal tersebut tidak menjadi masalah ataupun beban buat mereka berdua kerana mereka kini bahagia bersama.
Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok itu, netizen meninggalkan komen-komen yang lucu dan mencuti hati kerana rata-rata mereka tidak percaya dengan pengakuan jejaka itu.
“Aku dulu pun cikgu ajak selfie, alhamdulillah sekarang ni dia dah jadi bini orang lain”
“jangan cakap jodoh aku tak lahir lagi”
Namun ada juga yang tertanya tnaya bagaimana jejaka itu boleh mendapat restu keluarga berkahwin dnegan wanita yang lebih tua darinya.
“Seriusla? aku kenal perempuan umur 38, aku 29 tahun tapi mak aku tak setuju, macam mana mak kau boleh lepas? apa pun tahniah bro”- ujar netizen di ruang komen.
“Macam mak dengan anak, Tapi dah jodoh kan. Yang penting bahagia”
Walau bagaimanapun pihak netizen tetap menitipkan doa buat pasangan itu agar kekal bahagia hingga ke akhir hayat kerana kalau dah jodoh tak kemana.
Video tular di Tiktok