Connect with us

Viral

[VIDEO] Jaga Sejak Umur 2 Minggu, Wanita Sebak Terpaksa Serah Semula Selepas 6 Tahun

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Tiada ibu bapa yang rela berpisah jauh dari anak tercinta.

Walaupun anak tercinta merupakan anak angkat, namun tiada siapa yang mampu menyangkal kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu kepada anak itu.

Begitulah juga dengan kisah ini yang mana seorang wanita telah menjaga anak angkat dari seorang bayi 2 minggu hingga 6 tahun seperti anaknya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

2nd syawal❤️🙏 Alhamdulillah😍

A post shared by Nurul Aini Zainudin (@nurulshax) on

Kesayangan walaupun bukan lahir dari rahimku

Menerusi laman instagram, Nurul Aini Zainudin berkongsi moment bersama anak angkatnya yang dijaga selama 6 tahun sebelum dikembalikan kepada keluarga kandung.

Meskipun kanak-kanak itu bukan dilahirkan dari rahimnya, namun kasih dan sayang terhadap si kecil bernama Afina Alisa tiada galang gantinya.

Pada umur 7 tahun Afina dikembalikan pada ibu bapa kandungnya 

Difahamkan, kanak-kanak tersebut dijaga sejak dari usia 2 minggu & umur 7 tahun terpaksa kembalikan pada ibu bapa kandung.

Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menjaga Afina Alisa sejak kanak-kanak itu sejak dari bayi lagi.

Bersyukur diberikan peluang membesarkan Afina

Menurut Nurul, kebahagiaan itu hanyalah sekadar pinjaman semata-mata, namun dia akur untuk kembalikan pada keluarga kandung apabila usia kanak-kanak itu 7 tahun.

Netizen kagum dengan ketabahan ibu ini

Perkongsian ini turut mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen kagum dengan ketabahan ibu ini melepaskan anak yang selama ini ditatang penuh kasih sayang.

Semoga kasih sayang antara adik Afina dan ibu ini akan terus berkekalan selamanya. Moga pasangan ini diberikan kekuatan mengharungi ujian ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.