[VIDEO] “Jangan putus asa untuk berhijrah” Ini Pesanan Dr Zulkifli Sempena Awal Muharram di Meletop
Tampil dengan kelainan, tetamu istimewa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli di set Meletop telah tarik perhatian ramai .
Pengacara dan penonton teruja Datuk Dr. Haji Zulkifli datang meletop
Malah, tidak dinafikan semua penonton dan pengacara Nabil Ahmad serta Jihan Muse sudah pastinya teruja juga.
Menerusi program tersebut, Datuk Dr Haji Zulkifli berkongsi pesanan dan ingatan berguna buat seluruh umat Islam menjelang sambutan Awal Muharram terutamanya mengenai penghijrahan.
Selain itu, Datuk Dr Haji Zulkifli baru sahaja dilantik sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimim di bawah persatuan Muslim Council of Elders.
Bagaimana jika seseorang tidak berkemampuan menunaikan umrah
Pengacara turut menanyakan soalan berkenaan situasi bagaimana keadaan sekiranya berkemampuan seseorang itu tetapi tidak menunaikan umrah? Ini jawapan Dr Haji Zulkifli.
“Kalau ada rezeki, bagi untuk kita buat umrah juga walaupun yang wajibnya haji. Kalau ada baiknya kita pergi. Haji dan umrah dapat membasmi kekafiran dan dosa-dosanya”.
“Kalimah hijrah itu bukan berpindah jasad ke Kota Mekah ke Kota Madinah saja. Bagaimana cara dalam hidup kita, kita nak cari reda Allah”.
Kalau kita reda, Allah cukupkan segala pada kita
“Kalau kita cari reda, apa yang Allah perintah, maka, Allah cukupkan segala pada kita”.
“Sebenarnya, berhijrah dari segala kesilapan dan apa saja yang Allah larang. Jadi, dia keluar dan jadi orang soleh, baik maknanya hijrah”.
Respon kepada penghijrahan berkali-kali kepada individu yang mudah putus asa
Disamping itu, Dr Haji Zulkifli juga respon terhadap persoalan penghijrahan yang berkali-kali melibatkan individu yang mudah berputus asa untuk berubah.
“Orang yang bertaubat dari salah silap itu, sama dengan orang yang tiada dosa. Dalam erti kata lain, kita berdosa, kita bertaubat”.
Masa bertaubat, kita menemui Tuhan dalam keadaan baik
“Jadi, kita sentiasa mengulanginya. Sebab, masa kita bertaubat itu kita menemui Tuhan dalam keadaan baik”.
“Janganlah, kita tak boleh berubah, ini namanya putus asa. Sebesar mana dosa kita, seteruk mana atau sesilap mana tapi Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Jangan putus asa untuk berhijrah
Dr Haji Zulkifli sempat meninggalkan pesanan di ruang Instagram rasminya.
“Ingat pesan saya tadi, jangan putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walau berkali-kali kerana Nabi sudah berpesan dalam hadith riwayat Ibn Majah, “Orang yang (benar-benar) bertaubat daripada dosa adalah seperti mereka yang tidak ada dosa.”
Beliau berpesan untuk kita sebagai umat Islam jangan mudah putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walaupun berkali-kali.
Semoga kita semua mendapat manfaat dan pengajaran dari apa yang disampaikan oleh beliau.