Media sosial kini tidak asing lagi di kalangan masyarakat masa kini. Masing-masing menggunakan media sosial bukan sahaja untuk berkongsi rutin harian mereka, malah ada juga yang menunjukkan bakat seperti menyanyi, lipsync, berlakon dan ada yan berkongsi tips.
Banyak faedah yang dapat diperoleh daripada perkongsian orang ramai di media sosial namun ada juga segelintir pihak yang salah menggunakan flatform ini sehingga da yang menyebabkan kemusnahan rumah tangga.
Terbaharu, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai @kiedaamy97_ telah memuat naik satu video di akaun Tiktok miliknya sekaligus telah meraih perhatian para netizen.
Menerusi video tersebut wanita itu memberi nasihat ikhlas kepada netizen diluar sana tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang sudah berpasangan.
“hampa kalau dah tau hak orang, dia tetap hak orang. Hampa jangan pulun-pulun cari attention, buat-buat nak like love banyak-banyak kat gambar kawan tu”
“Sebab laki orang ni banyak tanggungjawab , kalau nak mengorat pun setakat bagi topup kat hampa tu boleh la. Dia pun kadang pinjam kat bini 10 ringgit”
“Sama juga hat jantan tu kalau dah tau bini orang tu tetap bini orang jangan pulun try hard dok hai tak berhenti. Aku penampaq baru tau. Orang tak marah, orang pesan orang sayang,” katanya.
Wanita itu juga turut memberi amaran agar wanita di luar sana tidak mengikuti atau cari perhatian jika mengetahui lelaki itu adalah suami orang mahupun sudah berpunya.
Susulan video yang telah tular itu, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen namun rata-rata netizen bersetuju dengan kata-katanya.
Akan tetapi ada juga yang tetap membela individu yang berbuat sedemikian
“Suruh laki kak buang media sosial kak. Mesti takdak orang follow. Kalau nak main jgk pakai acc akak”
“Suruh Husband jangan main media sosial. tutup kes”
“Kota Ada Lagi kan. Tk salah pun kalau nak isi lagi”
Video tular di laman Tiktok