Menerusi laman Facebook Ustaz Ebit Lew, beliau ada memuat naik satu posting menziarahi Penjara Kajang.
Pendakwah terkenal itu datang memberi sumbangan tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram bagi kegunaan para banduan di sana.
Pada masa yang sama, beliau turut berpeluang menyantuni banduan-banduan secara berdepan dengan keizinan dan pengawasan pihak penjara.
Beliau turut memuat naik gambar dan video penuhnya mengenai lawatan tersebut di Facebook miliknya.
Melangkah ke sel banduan akhir
“Melangkah ke sel banduan akhir dan jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang. Sebak tadi masa hadiahkan 3 mesin basuh 25 kg ke Penjara Kajang”.
“Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang. Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teruk tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga”.
“Sebut tentang mak ayah. Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu”.
Muka semua bersih je
“Muka semua bersih jer. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara. Sebak tengok mereka menangis” tulisnya.
“Ada seorang banduan hafiz alim masa baca Al-Quran tadi. Merdu sangat bacaannya. Dia menangis masa baca”.
Semua menangis bila tanya tentang mak ayah
“Ramadhan ini terasa sampai ke hati bacaannya. Semua menangis waktu saya tanya tentang mak ayah. Beliau banyak berdakwah dalam penjara dan membantu rakan lain”.
“Haji Abdul Halim Tuan Pengarah dan semua warden ingin menjadikan penjara seperti universiti. Ribuan baju PPE dihasilkan dah. Syukur dapat hantar banyak hospital” tulisnya.
“Mereka juga buat karipap dan roti sendiri. Dapat infak dijalan Allah. Siapa nak beli pun boleh. 10 ribu karipap sehari mereka hasilkan”.
Sebak tengak rakaman video banduan akhir
Menerusi rakaman tersebut, amat jelaslah bahawa kehadiran pendakwah ini amat disenangi oleh penghuni penjara.
Bukan sahaja dari peringkat pengurusan sehinggalah para banduan, termasuklah banduan akhir.
Apa yang paling menyentuh hati apabila beliau menemubual seorang banduan bergelar haji yang sudah lama terpisah daripada keluarganya.
Selain itu, beliau sempat mengajar ‘haji’ itu sepotong doa untuk kesejahteraan diri dan keluarganya.
Diharap usaha dan dakwah Ustaz Ebit Lew ini menjadi contoh dan teladan kepada kita semua.