Memetik laporan Sinar Harian, seorang bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang di sini pagi tadi.
Ketika kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu disedari Md Zarif Md Johari, 36, dan isterinya, Zurriyati Ishak, 29, apabila terdengar bunyi batuk anaknya, Zulkarnain Md Zarif.
Saya bangun tenguk dia dh muntah susu dan bibirnya biru
Menurutnya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu sedang tidur di atas katil bersamanya suami isteri.
“Bila saya bangun saya tengok dia dah muntah susu dan bibirnya biru. Saya cuba tepuk belakang badan tapi dia tidak lagi bernafas”.
Kami segera membawanya ke hospital swasta berhampiran
“Saya dan isteri kemudian segera membawanya ke hospital swasta yang berhampiran” kongsi bapa ini kepada Sinar Harian.
“Sebaik sampai, pihak hospital cuba memberikan bantuan pernafasan namun mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) hari ini.
Anaknya itu baru sahaja keluar dari hospital semalam
Ujar bapa ini lagi, anaknya baru sahaja keluar dari hospital semalam, selepas ditahan di wad Rabu lalu kerana alami demam yang berulang-ulang selain tiada selera makan.
Bagaimanapun, anaknya dibenarkan keluar dari hospital petang semalam dan laporan perubatan mendapati dia berada dalam keadaan baik.
Kami baru sahaja menyambut hari lahirnya bulan lalu
“Saya reda dengan ketentuan ALLAH. Tapi sedih kerana saya dan isteri baharu saja menyambut hari lahir arwah bulan lalu,” katanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jumpa lagi sayang
Menerusi perkongsian di laman Facebook bapa kepada bayi Zulkarnain Afham Johari turut berkongsi berita sedih dan menyatakan perasaan rindunya kepada baby Zulkarnain.
Terima kasih Allah hadirkan si comel Zulkarnain
“Rindunya nak peluk cium baby Zulkarnain. Jumpa lagi sayang. Mekasih Ya Allah sebab hadirkan si comel Zulkarnain dalam keluarga kami walaupon seketika”.
Sementara itu, menerusi perkongsian video di Facebook Zuriyati Isham, baby Zulkarnain kelihatan sihat dan ceria sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah dan menitipkan doa serta kata-kata semangat buat keluarga.
Salam takziah kepada keluarga arwah baby Zulkarnain, semoga ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan ini.