Connect with us

Viral

[VIDEO] Kakak ‘Pergi’ Selepas Demam, Pemuda Sebak Terbuka Akaun Instagram Arwah

Rindu yang tidak berpenghujung, begitulah rasa bagaimana kita merindui seseorang yang telah pergi mengadap Ilahi.

Tidak terungkap betapa rindunya pada insan yang telah pergi meninggalkan kita. Setabah mana seorang insan, pasti bersedih apabila mengenang insan yang disayangi itu.

Ini sebenarnya akaun arwah kakak aku

Sama juga seperti apa yang dirasai oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ini apabila berkongsi kisah mengenai pemergian satu-satunya kakak kandungnya.

“Tadi aku terbuka mesej Instagram dan Instagram ni. Ini sebenarnya akaun arwah kakak aku.”

Tiba-tiba aku rindu dia, mari sedekahkan Al-Fatihah untuknya

“Aku terbuka, tiba-tiba aku rindu dengan dia. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuknya.”

“Aku kuat, aku tak nangis kan?” kata remaja tersebut sebelum dia kelihatan sebak pada penghujung video.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, video tersebut meraih hampir 150, 000 tontonan setakat ini.

Semuanya bermula apabila arwah kakak demam

Memetik laporan dari mStar, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Izzwan Ahmad itu berkata, arwah kakaknya, Izzah Ahmad meninggal dunia pada Januari 2018 ketika berusia 16 tahun.

“Ketika itu saya berusia 14 tahun. Semuanya bermula apabila arwah kakak demam.”

“Arwah demam tak kebah jadi mama bawa pergi ke hospital namun masih belum dapat kesan apa puncanya ketika itu.”

Ada jangkitan kuman dekat otak

Setelah pemergian arwah kakaknya, hanya tinggal Izzwan dan abangnya yang menjadi penguat semangat buat ibu mereka.

“Kemudian bawa pergi ke sebuah hospital swasta, doktor beritahu kakak ada masalah jantung dan minta ke Institut Jantung Negara (IJN).”

“Di Insitut Jantung Negara (IJN), dapat kesan ada jangkitan kuman dekat otak.”

Saya tak sanggup nak tengok keadaan kakak

“Kakak dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat pembedahan pada otak.”

“Saya tak sanggup nak tengok keadaannya dan tak mampu tahan sebak ketika melawatnya di wad ICU selepas pembedahan,” ceritanya.

Kongsi Izzwan yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik, selepas terlantar kira-kira tiga tiga minggu di hospital, kakaknya menghembuskan nafas terakhir.

Mama sentiasa ada di sisi kakak

“Pemergian arwah sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga kerana dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam adik beradik.”

“Namun yang paling terkesan sudah tentunya mama.”

“Mama sentiasa ada di sisi kakak, bawa ke beberapa hospital demi nak lihat kakak sembuh.”

Selepas kakak meninggal, mama selalu termenung

“Saya dapat tengok macam mana keadaan mama masa tu, tak cukup tidur dan sering bersedih.”

“Beberapa hari pertama selepas kakak meninggal dunia, mama selalu termenung,” ujarnya yang berasal dari Sekinchan, Selangor.

Kakak merupakan satu-satunya anak perempuan

Pastinya pemergian arwah sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga kerana dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam adik beradik.

Remaja ini yang menyifatkan kakaknya sebagai seorang yang ceria berkata, pemergian arwah meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakannya sepanjang hayat.

Saya rapat sangat dengan arwah kakak

“Kami beza dua tahun je. Memang saya rapat sangat dengan arwah kakak. Kami akan naik motosikal ke sekolah bersama-sama. Saya bawa motor, kakak jadi pembonceng.”

“Awal-awal pemergian kakak, memang terasa sunyi dan kosong. Hilang dah teman bermanja dan bergaduh.”

“Sebab kami dua beradik saja di rumah manakala abang sulung ketika itu menyambung pelajaran di politeknik.”

Kakak bacakan surah Yasin untuk kawannya yang tidak boleh tidur malam

“Selepas itu, ada kawan kakak cerita, kakak ni baik sangat.”

“Pernah sekali tu kawannya tak boleh tidur malam, kakak bacakan surah Yasin untuknya agar tenang dan mudah lelapkan mata.”

“Memang momen yang sangat sukar pada awalnya, namun kami sekeluarga reda walaupun ada kalanya rindu dan teringat-ingat kepada arwah,” ujarnya lagi.

Tidak sangka video itu tular di media sosial

Dia tidak menyangka videonya mengundang perhatian ramai, Izzwan berkata dia bukanlah seorang yang suka berkongsi masalah kepada umum.

Namun terlintas untuk memuat naik video tersebut kerana rindu kepada arwah selepas terbuka akaun Instagram miliknya.

@izzwan_tak pernah share deep problem dengan sesiapa 🙂♬ original sound – Aiman Hakim – ultraman single

Ramai yang mahu tahu cerita mengenai pemergian arwah

“Tak sangka, selain ramai zahirkan rasa simpati, ramai juga yang bagi maklum balas untuk mengetahui cerita pasal pemergian arwah.”

“Dan saya kongsi serba sedikit mengenainya dalam satu video berasingan.”

@izzwan_Reply to @wtfnikoo maaf banyak sangat “pastu” ,♬ original sound – Aiman Hakim – ultraman single

Terima kasih yang mendoakan arwah

“Terima kasih kepada yang doakan arwah. Apa yang boleh saya katakan, sekiranya ada antara ahli keluarga kita tidak sihat seperti sebelumnya, segeralah terus bawa berjumpa pakar.

“Jadi punca penyakit boleh tahu daripada awal memandangkan ada doktor pakar dan kelengkapan yang bagus.”

@izzwan_Reply to @izzwan_♬ original sound – Aiman Hakim – ultraman single

Hanya kenangan mengubati rasa rindu pada arwah kakak

“Namun sudah ajal kakak, kami sekeluarga menerima dengan penuh reda. Hanya kenangan sahaja mengubati rasa rindu padanya,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan salam takziah di atas pemergian kakak tersayang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.