Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Kalau saya makan harta anak yatim, buktikan!” Ali Puteh Dah Lama Bersabar Dengan Kakak Ipar

Kecoh di media sosial semalam isu Ali Puteh dan balu arwah abangnya, Siti Norhidayah mengenai tuntutan saman harta Faraid.

Ali Puteh bertindak membalas saman kakak iparnya selepas disaman oleh pihak Hidayah terlebih dahulu.

Hanya saman balas

Terbaru, menerusi live Facebook Malaysia Gazette dia menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, saman ini hanyalah saman balas untuk membersihkan nama dan keluarganya selepas dikecam masyarakat.

“Saman balas saya kepada balu selepas saya disaman. Saya tak hebahkan pada media sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia.

“Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih. Kau saman mak, kau saman aku pula 900k. Aku okay.

“Mana seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak. Kau tuduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik. Siapa nak bayar? Jangan tuduh aku ambil pakai.”

Disaman selepas 16 hari Abam ‘pergi’

Ali Puteh memberitahu dia disaman selepas 16 hari Allahyarham Abam meninggal dunia oleh pihak Hidayah.

Malah paling terkilan ibunya turut disaman berserta ibu Hidayah turut menyaman ibu arwah.

Dalam temuramah tersebut, Ali turut terkesan dengan kritikan orang ramai walaupun dia berdiam sabar.

Dia turut memaklumkan dia tidak makan harta anak yatim kerana harta faraid juga belum dibuat.

“Tolonglah hentikan duduk cakap harta arwah berjuta juta. Anggaran untuk kedua dua bank milik arwah adalah hanya lebih kurang RM84 ribu sahaja.

“Barang-barang arwah dalam RM20 ribu. Jumlah keseluruhan RM714 ribu termasuk rumah, kereta dan motor milik arwah.”

Tuntutan tak berasas

Menurut Ali lagi, saman itu dibuat selepas pihak Hidayah membuat tuntutan tidak berasas. Dalam surat saman itu, dia menuntut kereta Vellfire, motor LC, tanah rumah yang bernilah RM300 ribu dan juga beberapa harta lain.

“Vellfire dan kena tarik bossku. Tuntutan kau kata nak Vellfire, kalau kau ambil tahu mesti tiada dalam tuntutan.

“Bukan saya tak nak tolong bayar tapi kau saman aku RM900 ribu. Kalau betul ada bukti saya makan harta anak yatim buktikan. Saya cakap terus terang, buktikan.”

Bahkan, Ali turut terkilan apabila Hidayah dilihat seperti tidak sabar. Harta Faraid masih belum diuruskan dengan baik memandangkan pihak Hidayah tidak ambil tahu melainkan hanya saman.

“Benda ini kecil. Kalau kita duduk satu meja bincang. Perkara ini selesai. Malu dekat orang. Cuma yang kena saya. Macam-macam makian saya kena.

“Kalau ambil, cakaplah ambil. Kau cakap kau keluar sehelai sepinggan. Cakap la nak ambil untuk Hamzah.

“Janganlah cakap tak ambil. Benda tu tak logik. Cakaplah jujur. Kita okay kalau kau ambil untuk Hamzah.

“Yang jadi masalah bila kau hebah kan kat media kata kau tak dapat apa-apa. Lepastu kau tuduh aku ambil semua duit duit arwah.

“Jangan cakap kau tak dapat apa apa. Jangan kau tuduh keluarga sini ambil. Sini semua kau ambil dah. Takkan saya tak tahu agama, saya tahu hukum Islam.

“Saya tahu mana hak saya, mana bukan.”

Dalam pada ituitu, Ali Puteh turut kecewa apabila dituduh oleh Hidayah mengenai harta arwah diambil oleh keluarganya.

Perkara itu membuatkan ramai mengkritiknya walaupun Hidayah sudah mengambil berbelas ribu.

Tambah Ali lagi, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya.

Tidak mahu buka aib

Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka aib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikecam masyarakat.

“Isu jual cempedak, cakap. Isu pasang batu nisan kat kubur abang cakap. Isu saman menyaman no komen.

“Takut kalah? Takut tak jujur cakap depan mahkamah? Saya kena maki macam-macam walaupun saya berdiam.”

Saya maafkan netizen

“Kepada semua netizen-netizen yang selama ini bertungkus lumus memaki saya. Saya maafkan dari hari ini sampai saya mati esok.”

Terdahulu, sebutan kes saman difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Saman itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Ali sekeluarga dan mendoakan agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.