Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Kalaulah saya tahu..” Setahun Ashraf Sinclair Pergi, BCL Dedah Penyesalannya

Beberapa hari lagi, genap setahun pemergiaan Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Penyanyi Bunga Citra Lestari yang merupakan isterinya akhirnya membuka cerita dan berbagi perasaannya selepas kematian lelaki yang menjadi separuh dari jiwanya selama 12 tahun.

Bunga Citra Lestari akhirnya berkongsi luahan hati

Bunga berkongsi luahan hati dalam sebuah temubual yang dilakukan bersempena dengan pelancaran single terkininya Love Story.

Lagi tersebut yang dinyanyikan semula dari lagu asal Ronald Steven di tahun 70an silam, Bunga Citra Lestari atau BCL antaranya menceritakan semula momen terakhir bersama sang suami sebelum meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Saya berharap saya cuma bermimpi buruk

Menurut BCL, saat itu sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan. Dia masih sibuk menguruskan pekerjaan walaupun baru pulang dari menjadi juri Indonesian Idol dan meminta pendapat Ashraf mengenai foto yang ingin digunakan.

“Saat dia pergi, saya sudah dapat menerima yang suami saya sudah tiada. Tetapi entah kenapa saya masih berharap saya cuma bermimpi buruk.”

Walaupun saya pelakon, saya tidak mampu bersedia hadapi kehilangan

“Bertahun saya menjadi pelakon, saya sudah biasa menyerap emosi kehilangan seperti yang dikehendaki pengarah.”

“Nyata ia tidak mampu membuat saya bersedia menghadapi kehilangan yang sebenar.”

Saya asyik menampar diri dan saya masih tidak bangun dari mimpi

“Selama beberapa hari selepas Ashraf pergi, saya asyik menampar diri sendiri, bangunlah, kenapa saya masih tidak bangun dari mimpi.”

“Ashraf orang pertama paling rapat dalam hidup saya, yang pergi meninggalkan saya.”

Tuhan, aku redha dan ikhlas

“Saya cakap, Tuhan, aku redha dan aku ikhlas. Tidak ada momen di mana saya histeria dan tak dapat terima pemergiannya.”

“Saya redha, cuma kejutan itu terlalu besar,” katanya dalam siri #BCLMelangkahLagi, berjudul Love Story #2 – Hari-Hari Terakhir Ashraf.

Saya tidak marah takdir, cuma saya berada dalam situasi tidak tahu

Kongsi Bunga lagi, sepanjang tempoh dia cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaan suami yang hidup bersamanya selama 12 tahun, dia tidak pernah marah dengan takdir.

Sebaliknya, apa yang diratapi adalah persoalan bagaimana dia harus meneruskan hidup.

“Saya tidak marah dengan takdir Tuhan. Cuma saya berada dalam situasi tidak tahu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Saya memikirkan apa yang akan terjadi

“Selama saya hidup, saya diajar untuk menerima apa sahaja situasi. Apa pun yang terjadi, acceptance, atau penerimaan itu penting, baru boleh ke peringkat seterusnya.”

“Saya bertanya kerana saya memikirkan apa yang akan jadi, terutama dalam hidup saya dan anak, Noah. Saya masih ada bapa, bapa Ashraf juga masih ada.”

Anak saya sudah kehilangan bapanya

“Tetapi Noah, anak saya, sudah kehilangan bapanya. Di mana lagi saya boleh cari figure yang begitu untuk Noah,” katanya sambil menyeka air mata.

Penyanyi ini kelihatan tenang sepanjang temubual bersama Daniel Mananta, Bunga menyifatkan kehilangan Ashraf membuatkan dia kembali memikirkan apa sebenarnya yang dicari dalam hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Untuk apa saya berlari, apa yang saya kejar

“Saya seorang yang teratur. Saya ada aturan dalam hidup saya, ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk kerja”.

“Bukanlah saya menyesal kerana memberi tumpuan kepada kerjaya. Tetapi hari ini bila difikirkan kembali, saya tertanya, untuk apa saya ‘berlari’ selama ini? Apa yang saya kejar?”

Kalaulah saya tahu masa dengn dia hanya 12 tahun

“Kalaulah saya tahu masa saya dengan dia hanya 12 tahun, mungkin keutamaan saya juga berubah”.

“Mungkin saya tidak ‘berlari’ begitu, dalam keadaan saya sendiri tidak tahu apa yang saya kejar,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Itu penyesalan terbesar saya

“Waktu itu keutamaan masih pada kerja. Ya, itulah penyesalan terbesar saya,” akui Bunga Citra Lestari sedikit terbata bata dalam temubual yang dikendali oleh Daniel Mananta di saluran YouTube It’s Me BCL.

“Saya harap saya punya lebih banyak masa. Kalau saya tahu. Tapi tak ada siapa yang tahu.”

Kalau saya tahu, saya kaan lebih fokus bersama Ashraf

Malah Daniel sempat memujuk dengan mengatakan agar dia tidak menyalahkan dirinya sendiri, BCL kemudian membalas.

Sambil menyeka air mata, dia mengungkapkan melihat kembali kepada masa sebelum Ashraf meninggalkannya, dirinya umpama mengejar sesuatu yang tidak diketahui.

“Kalau saya tahu waktu bersama Ashraf tidak tersisa banyak, saya akan memilih lebih fokus menghabiskan waktu bersama Ashraf”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Ketika kehilangan dan tahu semua itu tidak ada ertinya

“Ketika kehilangan seseorang dan tahu itu (pekerjaan) semua tidak ada ertinya lagi,” akui BCL yang memiliki seorang anak lelaki hasil pernikahan dengan abang Aishah Sinlair itu.

Posting video yang dimuat naik di laman Instagram Bunga itu telah menerima lebih 2.5 juta tontonan setelah dikongsikan bersama pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Allahyarham Ashraf Sinclair pergi pada 18 Februari 2020

Terdahulu, dunia hiburan tanah air dan Indonesia dikejutkan dengan pemergiaan Ashraf Sinclair yang dipercayai kerana terkena serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut berkongsi kesedihan dan menitipkan semangat buat Bunga untuk terus melangkah maju bersama Noah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.