Penularan pandemik Covid-19 di negara kita berada di tahap yang membimbangkan. Hari demi hari jumlah jangkitan semakin tinggi di beberapa buah negeri.
Oleh yang demikian, rakyat diseru untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) seperti penjarakkan sosial dan kewajipan memakai penutup mulut.
Zul Yahya muat naik video solat jemaah tanpa penjarakan sosial
Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Seorang pelakon Zul Yahya telah mencetuskan kontroversi dan menjadi perhatian ramai di media sosial apabila memuat naik video solat jemaah tanpa mengamalkan penjarakan sosial.
Pelakon ini meluahkan rasa syukur masih merapatkan saf ketika solat jemaah
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pelakon ini turut meluahkan rasa syukur masih lagi merapatkan saf ketika menunaikan solat jemaah.
Seperti sudah dijangka, perkongsian pelakon berusia 47 tahun itu mengundang kecaman netizen.
Beliau mencadangkan supaya solat jemaah mengikut norma lama
Selain itu, Zul juga dilihat turut memuat naik kenyataan di Instagram mepersoalkan keyakinnan muslimin terhadap kuasa Allah dan sunnah Nabi S.A.W.
Malah, beliau turut juga mencadangkan agar solat jemaah di masjid dilakukan mengikut norma lama.
Jika ada yang tidak bersedia boleh duduk di rumah
Ujarnya lagi, jika dibenarkan solat seperti biasa di masjid boleh diadakan solat hajat untuk memohon bantuan dari Allah.
Tamhah beliau lagi, Zul mempersoal apa yang perlu ditakutkan sedangkan ada sahaja berhimpun beramai-ramai tetapi jika melibatkan masjid tidak dibenarkan. Katanya, jika ada yang tidak bersedia boleh duduk di rumah.
Alasan kadang tak masuk akal
“Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama”.
“Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan dari Allah”.
Apa yang takut sangat
“Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula”.
“Tapi bab masjid bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal. Yang tak bersedia duduk diam-diam di rumah,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing.